| Sejak kebelakangan ini, terma Hibah Takaful atau Takaful Hibah digunakan dalam mempromosikan hibah bersyarat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Walau bagaimanapun, kedua-dua terma ini digunakan secara meluas dalam bahan-bahan promosi Bahasa Malaysia. Bolehkah DBP sahkan yang mana satu yang betul untuk dipakai dalam bahan promosi Bahasa Malaysia. | Terma Hibah Takaful/Takaful Hibah digunakan dalam bidang Perancangan Kewangan dan Harta Pusaka. Tiada maklumat tentang kedua-dua istilah ini dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun, merujuk HUkum D - M, dalam konteks ini yang diterangkan ialah Hibah dan yang menerangkan ialah Takaful. Oleh itu, istilah yang tepat dalam konteks ini ialah Hibah Takaful. Contoh lain ialah Hibah Harta, Hibah Insurans dan Hibah ASB. | Tatabahasa | 27.08.2025 |