Encik, Antara dua ayat berikut yang manakah betul? 1. Ketua-ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? 2. Ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? * Persoalannya, perlukan perkataan 'ketua' digandakan padahal 'bersidang' sudah membawa maksud jamak? Terima kasih! | Kedua-duanya betul. Namun yang lebih tepat dan tidak lewah ialah 'Ketua negara ASEAN...'. Pandangan kami adalah sama dengan pandangan saudara kerana 'bersidang' 'negara ASEAN' sudah menggambarkan ramai. | Tatabahasa | 04.10.2008 |
Setiap negara ASEAN mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Bolehkah kata bilangan pisahan setiap dan masing-masing digunakan serentak di awal dan di akhir ayat. | Masing-masing, setiap, tiap-tiap merupakan kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Oleh itu gunakan salah satu sahaja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 288 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 03.11.2010 |
Untuk 'Ketua-ketua Negara ASEAN', adakah 'k' perlu huruf besar untuk 'ketua-ketua'. terima kasih | ketua-ketua negara ASEAN. k huruf kecil. | Ejaan | 22.09.2011 |
FAM-FRENZ U-15 ASEAN CHAMPIONS TROPHY 2013 | Soalan suadara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan nyatakan dengan jelas pertanyaan saudara. | Lain-lain | 09.05.2013 |
I Pesuruh-pesuruhjaya negara ASEAN yang bermesyuarat di negara kita diraikan dalam satu majlis makan malam. II Pengambilahlian syarikat itu oleh pengurusan baharu bertujuan untuk memantapkan pengurusan. III Adik begitu lancar bila menyebut perkataan yang diucapkan oleh ibu. IV Untuk mengatasi masalah kesempitan wang, Amir melakukan kerja sambilan selepas waktu pejabat. Antara ayat di atas, yang manakah tidak mempunyai sebarang kesalahan? | Ayat yang gramatis ialah ayat IV Untuk mengatasi masalah kesempitan wang, Amir melakukan kerja sambilan selepas waktu pejabat. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Contoh-contoh Kerjasama Serantau dalam dunia | Berita tentang kerjasama serantau (sama ada peringkat ASEAN, Asia, negara-negara Islam dan sebagainya) sering disiarkan dalam media massa, sila rujuk laporan media mengenainya. | Lain-lain | 19.10.2010 |
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan Asean dan masyarakatserumpun | Ungku Zaman Mohd Tahir | Jurnal Dewan Bahasa | 01/12/1992 | Lain-lain | 02.02.2008 |
Makna dan istilah Badan Serantau dalam BM dan BI | Badan serantau ialah badan atau pertubuhan di peringkat serantau yang dianggotai oleh beberapa buah negara di rantau berkenaan. Misalnya, ASEAN merupakan badan serantau yang diangootai oleh 10 buah negara di rantau Asia Tenggara. | Makna | 07.09.2006 |
Salam sejahtera tuan atau puan di DBP Saya ingin sangat mengetahui apakan peranan utama Dewan Bahasa dan Pustaka ini dan bagaimanakan pihak DBP menjalinkan kerjasama dengan negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain dalam kegitan pemodenan dan perancangan bahasa Melayu ini. Diharapkan agar pihak DBP dapat berkong si serba sedikit tentang peranan DBP dan kerjasama serantau. Sekia | Dalam ruangan yang terhad ini sedikit maklumat yang dapat disampaikan tentang kerjasama kebahasaan serantau dengan negara anggota ASEAN. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Negara Singapura walaupun tidak menjadi ahli dalam Majlis tersebut tetapi turut sama menyumbangkan tenaga/ilmu sebagai anggota pemerhati. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Mabbim wahana kebahasaan serantau yang akrab, mantap dan berwibawa, DBP. 1992; Sekilas MABBIM, Pusat Bahasa (Indonesia), 2008; dan 25 Tahun MABBIM, terbitan DBP, juga artikel Mabbim menyatukan bahasa serantau, | Noresah Baharom, | Utusan Malaysia | 02.03.1998. |
| Lain-lain | 04.09.2011 |