| Apakah istilah African American/ Japanese American / Asian American dalam Bahasa Malaysia? orang Afrika Amerika dan Jepun Amerika? Perlukah saya meletak "-" seperti berikut? Afrika-Amerika, Jepun-Amerika? | Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: - Orang Amerika Afrika
- Orang Amerika Jepun
- Orang Amerika Asia
| Lain-lain | 22.10.2020 |
| Apakah nama dalam bahasa Melayu bagi negara "Central African Republic"? Adakah ianya "Republik Afrika Tengah" atau "Republik Tengah Afrika"? Daftar ini tiada dalam kamus online PRPM. | Padanan “Central African Republic” dalam bahasa Melayu ialah Republik Afrika Tengah. | Istilah | 10.01.2019 |
| Apakah padanan yang sesuai utk perkataan "zombie", merujuk kepada penggunaannya dalam filem-filem dari Amerika Syarikat. 1. (in some African and Caribbean religions and in horror stories) a dead body that has been made alive again by magic 2. (informal) a person who seems only partly alive, without any feeling or interest in what is happening Terima kasih. | Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: zombie - zombi Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.06.2022 |
| Assalamualaikum, Ada sebuah hadis sahih yang menganjurkan agar manusia membunuh dua jenis ular yang berbisa iaitu: 1. Atractaspididae (yang lebih dikenali dengan nama mole vipers/ stiletto snakes/ burrowing asps) 2. Cerastes (yang lebih dikenali dengan nama horned vipers/ North African desert vipers/ cerastes vipers) Persoalannya, apakah terjemahan rasmi bagi kedua jenis ular ini di dalam bahasa Melayu? Saya menghadapi masalah dalam menterjemah hadis ini ke dalam bahasa melayu dek tidak tahu nama bagi kedua-dua ular ini. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah viper secara umumnya ialah ular kapak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.03.2023 |
| Salam. Mohon pengesahan ejaan nama-nama negara dan kawasan ini bagi tulisan bahasa Melayu, serta ejaan Jawinya. 1.) 'Antigua dan Barbuda' atau 'Antigua and Barbuda' 2.) 'Bosnia dan Herzegovina' atau 'Bosnia and Herzegovina' 3.) 'Republik Afrika Tengah' atau 'Central African Republic' 4.) 'Dominika' atau 'Dominica' 5.) 'Republik Dominika' atau 'Dominican Republic' 6.) 'Ivory Coast' atau 'Cote d'Ivoire' 7.) 'Jamaika' atau 'Jamaica' 8.) 'Madagaskar' atau 'Madagascar' 9.) 'Kepulauan Marshall' atau 'Marshall Islands' 10.) 'Monako' atau 'Monaco' 11.) 'Saint Kitts dan Nevis' atau 'Saint Kitts and Nevis' 12.) 'Saint Vincent dan Grenadines' atau 'Saint Vincent and the Grenadines' 13.) 'Sao Tome dan Principe' atau 'Sao Tome and Principe' 14.) 'Skandinavia' atau 'Scandinavia' 15.) 'Kepulauan Solomon' atau 'Solomon Islands' 16.) 'Trinidad dan Tobago' atau 'Trinidad and Tobago' 17.) 'Ekuador' atau 'Ecuador' 18.) 'Kongo' atau 'Congo' 19.) 'Komoros' atau 'Comoros' 20.) 'Kolombia' atau 'Colombia' 21.) 'Tanjung Verde' atau 'Cape Verde'? Terima kasih. | Senarai nama negara ini masih dalam peringkat penyemakan dan kami telah merujuk pakar untuk pengesahan. Setelah pengesahan diperoleh kami akan menghantar kepada tuan melalui e-mel. | Ejaan | 25.11.2021 |
| Assalamualaikum. Saya Hafez dari Bandar Baru Bangi. Saya nak tanya makna perkataan kleptokrat / kleptokrasi? Terima kasih. | Salam sejahtera, Kleptokrasi terdiri daripada perkataan ‘klepto’ iaitu pencuri dan ‘cracy’ yang bermaksud pemerintahan. Terma kleptokrasi mula digunakan oleh sarjana sosiologi iaitu S. Andreski dalam beberapa tulisannya seperti The African Predicament: A Study in the Pathology of Modernisation. Andreski (Ellis 2008:451) merujuk kleptokrasi sebagai “a system of government [that] consists precisely of the practice of selling what the law forbids to sell”. Takrifan Andreski tersebut, secara literalnya kleptokrasi difahami sebagai satu sistem kerajaan yang mengandungi amalan ‘menjual apa sahaja yang dilarang oleh undangundang’. Hal ini bermaksud bahawa fungsi organ-organ kekuasaan dalam kerajaan ditentukan oleh mekanisma permintaan dan penawaran atau supply and demand dan bukannya undang-undang dan peraturan. Dalam erti kata lain, kleptokrasi adalah berdasarkan sistem pasaran. Kekuasaan yang dimiliki oleh kerajaan ditukar dengan sogokan dan wang demi memperoleh keuntungan dan kekayaan peribadi pemerintah. Fungsi kerajaan telah bertukar daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat kepada menjalankan perniagaan demi kepentingan peribadi pemerintah. Hal ini mengakibatkan sumbersumber awam dilarikan oleh individu yang dinamakan kleptokrat melalui amalan rasuah untuk kepentingan peribadi. (Petikan di ambil daripada artikel prosiding Kerajaan Kleptokratik Pasca Reformasi dan Impaknya terhadap Pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia oleh Mohd Izzuddin Nazaruddin & Mohamad Agus Yusoff (2017). E-Proceeding of the 6th International Conference on Social Sciences Research 2017) | Lain-lain | 25.05.2018 |
| 1. Adakah terdapat kajian tentang syair bidasari oleh sarjana tempatan ataupun luar negara dalam rekod dbp. 2. Jika ada boleh kah saya mendapat maklumat para sarjana tersebut dan tpik apakah yang sarjana kaji dalam syair bidasari. 3. Di manakah naskhah asal syair bidasari didapati? 4. Adakah diketahui siapa penulis syair tersebut? 5. Apakah beza baru dengan baharu? Berikan contoh dalam ayat agar mudah saya memehaminya denganlebih jelas. 6. Guru Besar atau guru besar dari segi ejaan huruf G dan B sama ada besar atau kecil? 7.Tulis huruf besar atau kecil untuk sambutan hari guru atau Sambutan Hari Guru Jumpa lagi. | Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan kajian tentang Syair Bidasari pada tahun 1989. Buku tersebut diusahakan oleh Puan Jamilah Hj. Ahmad , seorang Pegawai Penyelidik dari Bhg. Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka dan kini beliau telah pun bersara. Naskhah asal Syair Bidasari boleh ditemui di Royal Asiatic Society, London, School of Oriental and African Studies, London, Cambridge University Library, Cambridge, British Musem, London dan Leiden University Library. Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyimpan salinan naskhah dalam bentuk mikrofilem sahaja. | Lain-lain | 15.07.2010 |