Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Afrika


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah nama dalam bahasa Melayu bagi negara "Central African Republic"? Adakah ianya "Republik Afrika Tengah" atau "Republik Tengah Afrika"? Daftar ini tiada dalam kamus online PRPM.Padanan “Central African Republic” dalam bahasa Melayu ialah Republik Afrika Tengah. Istilah10.01.2019
Salam. Apa padanan terjemahan bagi "soul food"? "Soul food" ialah masakan etnik yang secara tradisionalnya dimasak dan dimakan oleh masyarakat Amerika Afrika di Selatan Amerika Syarikat. Mana paling sesuai antara "makanan jiwa", makanan soul (italik), makanan Amerika Afrika, dan makanan Selatan Amerika Syarikat? Ada cadangan lebih baik? Terima kasih.Cadangan perkataan bahasa Melayu yang sesuai ialah makanan Amerika Afrika. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Istilah08.07.2020
Tolong betulkan ayat ini. Orang Belanda Hitam adalah para rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda yang bertugas di Hindia Timur Belanda.Orang Belanda Hitam ialah rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda dan bertugas di Hindia Timur Belanda.Tatabahasa22.10.2014
Zam Lee WED 15:55 Zam Lee Zam bahasa melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak ada yang mempertahankan dan memperjuangkanAyat yang betul ialah Bahasa Melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak dipertahankan dan diperjuangkan oleh sesiapa.Tatabahasa28.12.2016
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi nama-nama bahasa Afrika berikut: AKAN EWE GA HAUSA DAGBANI KASEM NZEMA Adakah ia sesuai diterjemahkan seperti berikut: Bahasa AKAN Bahasa EWE Bahasa GA Bahasa HAUSA Bahasa DAGBANI Bahasa KASEM Bahasa NZEMA Jika terdapat terjemahan yang lebih sesuai, sila cadangkan. Mohon bantuan DBP. Terima kasih.Salam, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan DBP. Walau bagaimanapun, kami memohon maaf kerana tiada kepakaran dalam bidang ini (terjemahan bahasa Asing), mohon tuan/puan dapat majukan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara.Penyemakan dan penterjemahan27.04.2014
Assalamualaikum, "Spoken word" ialah seni mempersembahkan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan. Seni ini berasal dari Afrika. Maka, unsur-unsur hip-hop boleh dilihat dalam persembahan. Seni ini berbeza dengan deklamasi sajak kerana puisi yang ditulis sememangnya dicipta untuk dipersembahkan di atas pentas, bukan sebagai bahan bacaan. Persembahan mungkin diiringi muzik dan tarian, atau lain-lain. Yang membuat persembahan "spoken word" dipanggil "spoken word artist". Jadi, bolehkah tuan/puan cadangkan terjemahan bagi "spoken word artist"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi "spoken word artist" ialah "penglipur lara".Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
Apakah maksud 'lantana'?

Lantana ialah nama sekumpulan spesis bunga yang tumbuh di negara yang beriklim topika (terutama di negara-negara Afrika dan Amerika).

Makna01.11.2008
Terima kasih atas maklum balas tuan/puan. "Spoken word" ialah seni mempersembahkan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan. Seni ini berasal dari Afrika. Maka, unsur-unsur hip-hop boleh dilihat dalam persembahan. Seni ini berbeza dengan deklamasi sajak kerana puisi yang ditulis sememangnya dicipta untuk dipersembahkan di atas pentas, bukan sebagai bahan bacaan. Persembahan mungkin diiringi muzik dan tarian, atau lain-lain. Yang memsembahkan "spoken word" dipanggil "spoken word artist". Harap maklumat ini dapat membantu. Terima kasih banyak.Mohon pihak tuan/puan mengemukakan soalan dengan jelas. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "eland"? Contoh: Eland antelope.Tidak terdapat padanan bahasa Melayu untuk perkataan "eland" . Dalam ensiklopedia terbitan DBP, eland bermaksud antelop terbesar di Afrika.Istilah09.12.2016
12

Kembali ke atas