apakah huraian bagi agropolitan,metropolitan dan megapolitan | Encik Josse, Perkataan agropolitan bermaksud elemen perbandaran ke atas petempatan desa untuk menjadi bandar pertanian. Metropolitan bermaksud berkaitan dengan atau mempunyai ciri-ciri metropolis. Megapolitan pula bermaksud rangkaian kumpulan bandar raya yang mempunyai jumlah penduduk melebihi atau akan melebihi 10 juta menjelang tahun 2040. | Makna | 23.02.2010 |
Bolehkah perkataan bandar agropolitan digunakan? Semakan istilah: Bandar Interaktif Agro Teknologi, Bandar Interaktif Agro Ekonomi, Bandar Interaktif Agro Pelancongan. Bolehkan semua istilah ini digunakan untuk menggambar sebuah kawasan petempatan yang sedang membangunkan dan produk utamanya berasaskan pertanian komersial. Contohnya: Kerian Bandar Interaktif Agro Teknologi. | Ejaan yang betul ialah agroteknologi, agroekonomi dan agropelancongan. Pada pandangan kami bagi menamakan sebuah petempatan yang berasaskan pertanian komersial sebagai kegiatan utamanya ialah Bandar Interaktif Agroekonomi. | Tatabahasa | 18.03.2013 |