Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Aidilfitri atau Aidilfitri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan:- 1. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 2. SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 3. MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 4. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRIAyat yang betul ialah "Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri", "Majlis Hari Raya Aidilfitri" dan "Sambutan Hari Raya Aidilfitri".Tatabahasa30.04.2024
Salam sejahtera. Ketupat ialah hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri atau ketupat adalah hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mohon penerangan jawapannya. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Ketupat merupakan hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.Tatabahasa21.12.2022
Antara "hari raya Aidilfitri" (h dan r huruf kecil) dengan "Hari Raya Aidilfitri" (h dan r huruf besar), yang mana tepat?Dalam ayat biasa frasa hari raya Aidilfitri adalah betul, tetapi dalam penulisan tajuk atau ucap selamat frasa Hari Raya Aidilfitri adalah betul.Ejaan28.08.2011
saya ingin pengesahan berkaitan penggunaan ayat Salam Aidilfitri daripada Pusat Islam Betul atau salah
Penggunaan frasa Salam Aidilfitri adalah betul.
Lain-lain22.06.2017
Salam sejahtera, saya ingin mengenal pasti kata hubung yang tepat bagi soalan berikut. Orang Melayu merayakan Hari Raya Aidilfitri _____ orang Cina menyambut Tahun Baharu Cina. Kata hubung yang tepat ialah manakala atau tetapi? Sila berikan tunjuk ajar. Terima kasih.Orang Melayu merayakan Hari Raya Aidilfitri manakala/tetapi orang Cina menyambut Tahun Baharu Cina. Kedua-dua kata hubung ini boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa20.04.2015
saya ada pertanyaan tentang istilah Hari Raya. Rata-rata semua sedia maklum perkataan 'Aidilfitri' dieja sedemikian. Namun, jika dilihat daripada istilah asal Bahasa Arab, agak sedikit berbeza, iaitu Eid-ul Fitr. Malah, jika dilihat Bahasa Indonesia juga dieja sebagai Idul Fitri. Mohon penjelasan. Terima kasih."Perkataan "Aidilfitri" telah mantap penggunaannya dalam wacana bahasa Melayu. Penggunaan Eid-ul Fitr atau Idul Fitri oleh sebilangan pengguna merupakan proses biasa dalam kalangan pengguna bahasa moden seperti bahasa Melayu yang akrab dengan istilah serumpun dan konteks penggunaannya (agama/bahasa Arab).Istilah04.08.2014
perkataan yang sesuai bagi aidul fitri atau eidul fitriEjaan yang betul ialah Aidilfitri.Ejaan21.07.2016
Salam Aidilfitri tuan, Kemusykilan saya ialah perbezaan antara pembelajaran dengan pemelajaran. Harap tuan dapat jelaskan dari segi fungsinya. Terima kasih.Pembelajaran ialah proses atau kegiatan belajar, contoh ayat: Kenyataan Perdana Menteri bahawa pengajaran dan pembelajaran Subjek Sains dan Matematik  dalam bahasa Malaysia dan bahasa ibunda tidak akan mengalihkan tujuan pihak kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih mahir dalam penguasaan bahasa Inggeris. Pemelajaran ialah proses mempelajari sesuatu, contoh ayat: Taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris.Tatabahasa28.09.2009
kelaskan frasa berikut mengikut kategorinya, iaitu diftong, vokal berganding, digraf atau konsonan bergabung: susu cair, Hari Raya Aidilfitri, berbentuk kiub, setelah selesai, mendirikan khemah, taman rekreasi , mangkuk kecil, stesen bas. Sekian, terima kasih.Diftong ialah dua huruf vokal seperti ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap seperti pantai, pulau dan amboi. Vokal berganding pula ialah dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, dan sy. contohnya, nganga, nyamuk dan syarikat. Konsonan bergabung juga ialah digraf. Pengelasan perkataan yang tersenarai boleh dibuat mengikut huraian maksud yang telah diberikan. Perlu diingat contoh perkataan bagi setiap istilah lazimnya merujuk satu per satu perkataan, bukan frasa seperti yang tuan berikan.Tatabahasa07.10.2015
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih.1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55

2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi."

4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung."

5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
Tatabahasa31.08.2012
12

Kembali ke atas