Apakah maksud air bujang dan air jarang? | air bujang - minuman spt teh, kopi yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb. air jarang - air suam. Dipanggil air jarang oleh beberapa kawasan di Malaysia. Air jarang tidak diterima sebagai bahasa rasmi dan merupakan dialek sesuatu tempat. Terdapat beberapa tempat di Malaysia menggelarkan air jarang sebagai air putih, air mati, air suam dsb. | Tatabahasa | 25.08.2012 |
Adakah perkattan "air" diftong atau vokal berganda? Terdapat percanggahan pada laman kidmat nasihat. Soalan tatabahasa bertarikh 13/1/2013 yang menggunakan pemenggalan air-air dan bukanya a-ir. Jawaban khidmat nasihat adalah diftong Tetapi pada soalan yang bertarikh 7/1/2013 untuk perkataan air. Jawaban khidmat nasihat adalah vokal berganding kerana dilafazkan sebagai a-ir. Mana yang betul? | Jawapan terbaharu dalam Khidmat Nasihat Bahasa betul. Maklumat yang kami peroleh adalah darpada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Berlaku kesilapan fakta pada halaman 301 buku Tatabahasa Dewan dan hal ini akan diperbetulkan pada terbitan yang akan datang. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Salam, boleh tuan/puan berikan maksud 'air laut', 'air kolam' dan 'air sungai'? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, laut ialah air masin yang menggenangi sebahagian besar daripada muka bumi, sungai ialah tali air yang semula jadi dan kolam ialah lubang (lekuk) di tanah yang berisi air. Puan boleh melayari laman PRPM.dbp.gov.my untuk makna perkataan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Adakah"menyiram air pada pokok bunga"betul?kerana ada yang mengatakan bahawa"menyiram" sudah membawa maksud"mencurahkan air",maka "air" perlu digugurkan . | Menyiram boleh membawa maksud mencurahkan air dan lain-lain pada sesuatu, namun lazimnya air yang digunakan untuk menyiram. Frasa "menyiram bunga" sudah lengkap dari segi makna. | Tatabahasa | 08.05.2014 |
PEMBORONG BARANGAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PERALATAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PAIP AIR | PEMBORONG PAIP AIR | Lain-lain | 18.01.2011 |
Salam, apakah perbezaan antara 'pancutan air' dengan 'pancuran air'? Bolehkah tuan/puan berikan penerangan yang lebih jelas? Terima kasih. | Pancut dan pancur, kedua-duanya bermaksud air yang keluar, namun perbezaan yang dapat dilihat ialah pancut menerangkan air yang keluar dengan deras kerana tekanan. Maka, frasa "pancutan air" dan "pancuran air" mesti melihat kepada konsep sebenar yang dimaksudkan. | Tatabahasa | 14.07.2014 |
Yang manakah betul? a. berdekatan dengan kedai/ berdekatan kedai b. berisikan air / berisi air / berisi dengan air Terima kasih. | Sila beri ayat yang lengkap supaya pihak kami dapat memberi penjelasan dan jawapan yang tepat. | Tatabahasa | 24.06.2020 |
Salam, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai perkataan kubarasa yang bermaksud sifat bertindak balas apabila dirangsang (bukan hidupan) dalam ruang sesawang prpm. Apakah maksud bukan hidupan? Adakah bukan hidupan bermaksud air, air, udara? Adakah sesuai untuk saya guna pakai istilah kubarasa semula jadi untuk mengambarkan bangunan direka bentuk untuk bertindak balas secara semula jadi dengan elemen alam. | Yang dimaksudkan bkn hidupan dalam entri kamus itu ialah berkenaan hidupan (bukannya bukan hidupan) seperti manusia dan tumbuh-tumbuhan. Bangunan tidak termasuk dalam hidupan. | Tatabahasa | 05.05.2017 |
Apakah jawapan jawapan yang betul untuk ayat ini ? Air ( dari/ daripada ) air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik. | Air daripada air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik. | Tatabahasa | 26.12.2014 |
1)Kamu hendak minum air teh sejuk?(atau) 2)Kamu hendak minum air teh panas? Jawapan: a)Kamu hendak minum air teh sejuk atau air teh panas? b)Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? *Tuan,ayat majmuk (a) atau (b) yang betul?Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? | Tatabahasa | 22.10.2015 |