Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Akta Parlimen

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah itu akta bahasa kebangsaan? apakah fungsi akta bahasa kebangsaan? mengapa akta bahasa kebangsaan diwujudkan? siapakah yang pernah membuat penyelidikan berhubung akta bahasa kebangsaan?Akta Bahasa Kebangsaan ialah undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen tentang penggunaan bahasa kebangsaan/bahasa rasmi negara. Setiap negara merdeka mempunyai akta bahasa kebangsaan masing-masing antara lain untuk mendaulatkan bahasa ibunda sesuatu negara. Sila kunjungi mana-mana perpustakaan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang akta tersebut ataupun akta-akta yang lain juga.Lain-lain09.10.2007
Tuan/Puan, Saya amat terkeliru kerana dikatakan yang istilah "insolvensi" tidak boleh digunakan sebagai terjemahan untuk "insolvency", meskipun istilah "insolvensi" digunakan bukan sahaja oleh Jabatan Insolvensi, malah oleh Jabatan Peguam Negara dan Parlimen sendiri - sila rujuk kepada Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang menggunakan istilah "insolvensi" sebanyak 21 kali! Saya berharap pihak-pihak yang berkaitan dapat mengkoordinasi usaha peristilahan dengan DBP supaya konsisten. Sementara itu, saya juga berharap yang pihak DBP dapat menerima istilah yang digunakan dalam undang-undang negara, kerana ia melibatkan peruntukan penting seperti jenayah. Berkenaan dengan hal ini, saya berharap pihak DBP dapat mempertimbangkan semula istilah "insolvensi", dan juga istilah "menyerahhakkan" (yang merupakan terjemahan "assign"/"assigns" dalam Akta Syarikat), terutamanya bagi konteks yang berkaitan dengan peruntukan Akta. Terima kasih dan mohon maaf sekiranya tersinggung.Salam sejahtera,

Tuan,

Terima kasih atas cadangan tuan. Cadangan tuan ini akan dipanjangkan ke bahagian berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.10.2019
apakah cadangan yang baik untuk menjadikan bahasa melayu sebagai pengantar di IPTS? adakah dengan meminda akta IPTS 1996 fasal (1) dan fasal 41 boleh menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS?Untuk mengubah akta adalah di bawah kuasa Parlimen. Oleh sebab soalan sdr menjurus pada akta IPTS, kami mencadangkan sdr menghubungi  jabatan pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 88835944 atau www.mohe.gov.myLain-lain03.03.2008
Selamat petang... saya hendak mengemukakan satu pertanyaan...Apakah perbezaan akta dengan undang-undang (perundangan)?Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, undang-undang ditakrifkan sebagai susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yang melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yang dibuat oleh sesuatu badan yang berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yang dibuat mengikut peraturan alam seperti yang terdapat dalam ilmu sains dll; hukum.

Manakala akta ialah undang-undang (yang digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb);
Makna02.02.2014
Saya ingin menanyakan beberapa soalan berkenaan dengan peranan sebenar DBP dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Apakah DBP betul-betul memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia? Perlukah seorang wakil senator dilantik dalam parlimen bagi memperjuangkan Bahasa Melayu? Mengapa tidak dianjurkan satu perayaan atau hari Bahasa Melayu seluruh Malaysia? Sejauhmanakah Bahasa Melayu membantu dalam perkembangan teknologi masa kini? Sejauhmanakah DBP mempertahankan Bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia umumnya dan orang Melayu khususnya?

Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah untuk a) membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan membina dan mangembangkan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahan-bahan berikut : : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996.

Lain-lain24.07.2008

Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan.   Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.  Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.   

Berbekalkan Ordinan DBP 1959, DBP diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan di Malaysia.

Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah untuk a) membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan membina dan mangembangkan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahan-bahan berikut : : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996.

Memang banyak peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. Ini diterjemah dan dimanifestasikan dalam hala tuju DBP sendiri seperti yang dinyatakan dalam fungsi dan dasarnya. Antaranya menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dsb. T.kasih. 

Lain-lain25.07.2008

Kembali ke atas