Siapakah Raja Ali Haji dan Sumbangannya dalam bidang bahasa Melayu? | Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ialah seorang ulama, sejarawan, pujangga. Untuk keterangan lanjut, sila lawati Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka atau pun mana-mana perpustakaan yang berdekatan. Terima kasih. | Lain-lain | 06.12.2007 |
Assalamualaikum, Saya keliru dengan panggilan gelaran. Manakah yang betul bagi panggilan gelaran berikut? 1. Tuan Haji Dr. Ahmad bin Ali atau 2. Dr. Haji Ahmad bin Ali atau 3. Tuan Dr. Haji Ahamd bin Ali Harap mendapat penjelasan daripada Khdimat Bahasa kerana kekeliruan sering dihadapi di organisasi saya apabila melibatkan gelaran tersebut. Terim akasih. | Encik Rosli, Dalam penggunaan gelaran amalan biasa adalah dengan meletakkan gelaran tertinggi di hadapan. Walau bagaimanapun, ada kalanya pihak individu memilih bentuk yang disenangi oleh mereka, biasanya yang melibatkan gelaran seperti Dr. Prof. dsb. Bagi contoh yang diberikan ketiga-tiga bentuk digunakan. | Lain-lain | 22.10.2010 |
Jika pengurusan tertinggi tiada gelaran, bagaimanakah cara penulisan yang betul dalam minit mesyuarat (kehadiran) atau poster perasmian majlis? a) YBrs. Tuan Ali bin Ahmad; b) YBrs. Encik Ali bin Ahmad; c) Tuan Ali bin Ahmad; atau d) Encik Ali bin Ahmad | "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Oleh itu cadangan penggunaan yang sesuai ialah: 1. "YBrs. Encik Ali bin Ahmad" atau "YBrs. Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan dalam majlis 2. "Encik Ali bin Ahmad" atau "Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan untuk penulisan minit mesyuarat
| Lain-lain | 28.12.2021 |
Assalammualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya, jika seorang pegawai mempunyai gelaran Sr (surveyor) dan beliau juga telah mengerjakan ibadah haji, adakah gelaran yang sesuai i) Sr Tuan Haji atau ii) Sr Haji Sekian, terima kasih. | Penggunaan gelaran yang betul ialah Sr Haji Ahmad bin Ali sama seperti Dr. Haji Zainuddin bin Karim. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
Jika penama tiada pangkat Dato', yang manakah penyataan yang betul? 1. YB Ahmad bin Ali atau.... 2. YB En. Ahmad bin Ali | Frasa yang betul ialah YB Ahmad bin Ali. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang menteri itu mempunyai gelaran (anugerah) Dato', Tan Sri, Dr. atau Haji, maka kata sapaan untuk menteri tersebut ditulis atau dipanggil seperti yang berikut: 1. YB Dato' Seri atau YB Tan Sri 2. YB Tuan Haji 3. YB Dr. | Tatabahasa | 28.03.2009 |
APAKAH MAKSUD BAGI SASTERA,CERPEN,NOVEL,PUISIDAN DRAMA? | Sastera mempunyai takrifan yang luas. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 1396 dan buku "Konsep dan Pendekatan Sastera" selenggaraan Hamzah Hamdani terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Dalam buku tersebut, saudara boleh merujuk makalah yang ditulis oleh Ali Ahmad yang berjudul "Mencari Definisi Kesusasteraan" pada halaman 19 hingga 26. Dalam buku tersebut Prof. Ali Ahmad merumuskan bahawa sastera ialah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk juga buku Teori Kesusasteraan oleh Rene Wellek. Untuk makluman saudara tiada definisi umum yang konkrit tentang puisi moden (sajak).Sila rujuk pendapat yang dikemukakan oleh Za'ba, Muhammad Haji Salleh, William Wordsworth, Samuel Taylor Coleridge , Robert Frost, Braginsky dan Harun Mat Piah tentang takrif puisi. Misalnya, mengikut Coleridge, puisi ialah perkataan terbaik dalam susunan terbaik.Cerpen, novel dan drama ialah cereka rekaan yang ditulis dalam bentuk naratif. Secara umumnya takrifan cerpen ialah kisah rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa. Cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 15,000patah perkataan, dan novel lebih daripada itu.Drama ialah prosa/puisi yang mengandungi dialog, pantomim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan.Antara komposisi drama ialah seni lakon/muzik/. | Lain-lain | 30.01.2008 |
Kamus ekabahasa yang paling tua?Secara keseluruhan edisi terkini memuatkan ________jumlah kata baharu yg berupa kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk? KamusDewan mutakhir memuatkan ______kata baharu?Ensiklopedia tertua berasal dari mana?Penyusu kamus ekabahasa yang pertama ialah_________.Apakah maksud menterjemah?Perkataan Serban berasal dari _______. | Kamus ekabahasa tertua ialah Kitab pengetahuan Bahasa : iaitu Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau-Lingga. Dikarang di Riau pada tahun 1858 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad. Entri baru dalam Kamus Dewan Edisi Keempat berjumlah 5843 meliputi kata umum, istilah umum, kata serapan Arab, dan kata slanga. Sejumlah 375 kata diberi peluasan makna. Kata serban berasal dari Parsi (sumber : Prof Adelaar (Bausani) dan Kamus Wilkinson) | Lain-lain | 06.02.2008 |
Ada kamus untuk menyemak terjemahan sama ada dari B. Malaysia ke B. Inggeris dan sebaliknya untuk terma-terma politik, serta pangkat dan darjat, dan gelaran untuk orang kenamaan dan Keluarga DiRaja. Terima kasih. | Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisidan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). | Lain-lain | 26.03.2009 |
Mana patut saya gunakan? 1 Dia berasal dari negeri Pahang. 2 Dia berasal dari Negeri Pahang. 3 Saya membeli-belah di pasar raya Sunshine. 4 Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 5 Dia ialah guru besar SK Air Itam. 6 Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 7 Dia ialah Guru besar SK Air Itam. 8 Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. 9 Dalam majlis itu, Guru Besar memberikan ucapan. 10 Dia berasal dari Negara Jepun. 11 Dia berasal dari negara Jepun. 12 Mak cik Minah berada bersama dengan kami. 13 Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Dia berasal dari negeri Pahang. 2. Saya membeli-belah di Pasar Raya Sunshine. 3. Dia ialah Guru Besar SK Air Itam. 4. Dalam majlis itu, guru besar memberikan ucapan. (Nota: guru besar dalam konteks ayat ini ialah kata nama am dan hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali dijadikan kata nama khas; Contohnya, Tuan Haji Ahmad, Encik Ah Chong, Guru Besar Ali SK Air Itam, Profesor Dr. Ah Lin, Dr. Muru, Kapal Diraja Malaysia, Proton Saga dan sebagainya) 5. Dia berasal dari negara Jepun. 6. Mak Cik Minah berada bersama dengan kami. | Tatabahasa | 10.05.2009 |
Assalamualaikum, Saya ada 2 soalan: 1. Adakah DBP menerbitkan buku yang bekait dengan susunan protokol dalam uca[an sesuatu majlis dan buku yang berikaitan surat rasmi yang diterima pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan. Jika ada, saya ingin mendapat maklumat berkaitan judulnya. 2. Saya pernah bertnya tuan berkaitan apitan pemer-...-an dalam BM. Tuan menjelaskan bahawa apitan itu wujud dan meminta saya menyemak Pe;ita Bahasa terbitan 2003. Saya mengajar BM pada peringkat pelajar dewasa dan ada antaranya kalangan bukan Melayu. Dalam Tatabahasa Dewan yang menjadi rujukan utama tatabahsa, tidak pula dinyatakan keujudan apitan ini. Bagaimana saya hendak menjelaskannya kepada pelajar saya? | 1. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). Sudara juga boleh merujuk buku Kesantunan Bahasa, Dr. Awang bin Sariyan dan Bahasa Laporan, Asmah Haji Omar, kesemuanya terbitan DBP. 2. Apitan pemer-...-an wujud dalam bahasa Melayu, seperti dalam contoh perkataan; pemersatuan, pemerolehan, pemerbadanan dan pemelajaran. Walau bagaimanapun bentuk apitan ini tidak produktif dalam bahasa Melayu dan tidak ada penerangan tentang apitan tersebut dalam buku Tatabahasa. Hal ini telah kami kemukakan kepada editor buku Tatabahasa Dewan untuk dibincangkan dalam mesyuarat sidang editor. | Tatabahasa | 27.10.2010 |