Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Amira


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Anak itu telah dihantar belajar di ... 2)Amira telah diberi bayaran yang agak... atau 1)Anak itu dihantar belajar di ... 2)Amira diberi bayaran yang agak... tuan/puan, yang mana satu betul penggunaannya, perlukah perkataan 'telah' wujud di situ...mohon pencerahan.Dalam kedua-dua contoh ayat yang diberikan, kata "telah" boleh hadir atau tidak hadir dalam ayat tersebut kerana maksud ayat tersebut telah sempurna jika ditulis "Anak itu dihantar belajar di ... "dan "Amira diberi bayaran yang agak...".Tatabahasa12.08.2015
1. Amira mengelap papan tulis dengan bersih. Adakah ayat ini betul? terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Amira mengelap papan tulis sehingga bersih.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), yang berkaitan dengan ayat pada halaman 431 – 575.

Tatabahasa18.04.2025
"Karangan itu perlu disiapkan oleh Amira sebelum menghadiri latihan sukan." saya perlukan pencerahan daripada pihak tuan berkenaan ayat di atas sama ada ayat tersebut betul atau salah. saya perlukan justifikasi dari pihak tuan kenapa ayat tersebut betul atau salah.Ayat yang dinyatakan adalah betul penggunaan tatabahasanya - "Karangan itu perlu disiapkan oleh Amira sebelum menghadiri latihan sukan".Tatabahasa31.07.2017
1. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" tanya Puan Ainon kepada Amira. Bukankah kata dasar "tanya" itu kata dasar terikat yang tidak mempunyai maksud? Oleh itu, kata "tanya" tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana taraf terikat kata itu. "Tanya" patut diterbitkan menjadi "bertanya" yang mempunyai maksud dan, oleh itu, bersifat bebas dalam ayat. Pada pandangan saya, ayat yang tepat: 2. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" Puan Ainon bertanya kepada Amira. atau 3. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" bertanya Puan Ainon kepada Amira. (ayat songsang) Apakah pandangan tuan?

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kata dasar “tanya” lebih tepat dari segi tatabahasa. Sekiranya penulis ingin menggunakan kata terbitan “bertanya”, perkataan tersebut perlu menggunakan akhiran -kan serta diikuti kata penyambut, contohnya “bertanyakan soalan” kerana setiap kata kerja transitif memerlukan penyambut. Untuk makluman lanjut berkaitan penggunaan tatabahasa yang tepat dan betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa19.06.2020
1. Adakah ayat ini betul: Amira meminta Alice menerangkan semula tentang proses fotosintesis. Boleh saya tahu cara yang betul untuk penggunaan ‘tentang’ 2. Apa beza Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu? Terima kasih
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 278), kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana pula, "tentang" mempunyai maksud yang sama dengan "berkenaan atau berkaitan dengan; mengenai". Oleh itu, "tentang" boleh digunakan mengikut kesesuaian sebagaimana penerangan ini.

"Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia", kedua-duanya boleh digunakan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan "bahasa Melayu" ialah bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, pada 4 Jun 2007 kabinet memutuskan "bahasa Malaysia" turut digunakan selain daripada "bahasa Melayu" untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Makna11.10.2022
Salam Sejahtera, Terima kasih atas maklum balas. Dilampirkan bersama ini borang tersebut dan apakah penyelesaian terbaik bagi perkataan yang tidak diluluskan. Borang permohonan tambahan, P bermaksud parking. Terima kasih, AmiraSila hantar semula permohonan tersebut melalui khidmat pengesahan bahasa dan kami akan luluskan.Lain-lain24.01.2014
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih.1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang.
2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan.
3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana.
4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan.
5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya.
6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut
Tatabahasa20.02.2013

Kembali ke atas