Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aduan : Semakan kembali perkataan "Lahiriah ; Ar" "laif Ar : Daif" Laik Ar : layak, patut, padan -adakah benar dari perkataan Bahasa Arab? Pada pengetahuan saya, huruf `Ain (jawi) adalah ditulis dengan tanda komar di atas sebelum atau selepas huruf A atau I bagi membezakan dengan perkataan dan sebutan huruf lain. Contoh : "Faal Ar perlu ditulis dengan Fa`al" Begitu juga dengan Huruf Qof (Jawi) perlu dibezakan dengan huruf Kaf(Jawi) dengan Huruf Qof (Q) dan Huruf Kaf (K) "Lakab Ar perlu ditulis dengan perkataan Laqab" Cadangan saya , DBP menyemak kembali perkataan dengan tanda Ar bagi memudahkan sebutan dan penggunaan orang awam yang tiada latarbelakang Bahasa Arab dapat menggunakan dan menyebut dengan betul. Rujukan pakar adalah amat perlu yang berlatarbelakangkan Bahasa Arab. Terima kasihPandangan puan akan kami salurkan kepada bahagian yang berwenang di DBP. Untuk makluman puan, dalam konteks umum perkataan yang diambil daripada bahasa Arab diselaraskan ejaannya dengan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sistem ini tidak terpakai bagi perkataan daripada bahasa Arab yang menjadi istilah agam dan digunakan dalam konteks khusus yang berkaitan dengan pengajian Islam. Dalam Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi, perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. Contohnya huruf "tha" dalam ejaam umum digantikan dengan huruf "s" tetapi transliterasi menggunakan huruf "th" seperti thabit.Lain-lain25.07.2013
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: Surah Ar-Rahman atau surah Ar-Rahman? Juga, bolekah perkataan surah ini digantikan dengan perkataan surat, contoh: Surat Ar-Rahman? Terima kasih!Ejaan yang betul ialah Surah al-Rahman. Perkataan surah lebih tepat jika merujuk bahagian atau bab yang me­ngisahkan sesuatu dalam al-Quran.Ejaan05.06.2020
Assalamualaikum PRPM DBP.. nama saya asiah yg sedang buat master berkaitan ar-rahnu saya nak mohon sedikit pandangan tuan yang bijaksana berkaitan kaedah penggunaan ar-rahnu yang betul dalam ayat misalnya : kajian ini dilakukan berlandaskan tiga permasalahan utama berkaitan strategi pengurusan dan tadbir urus penyedia perkhidmatan ar-rahnu di Malaysia. adakah penggunaan terma ar rahnu ditengah-tengah ayat tepat sebagaimana di atas iaitu ar-rahnu ataupun lebih tepat Ar-Rahnu ataupun lebih tepat ar-Rahnu mohon jasa baik pihak PRPM untuk memberikan maklum balas segera pada persoalan saya di atas jazakumullahu khairan jazaPerkataan al-rahnu ialah kata nama umum, iaitu prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam. Sekiranya digunakan di tengah-tengah ayat, boleh dieja "ar-rahnu"Ejaan04.04.2017
Assalamualaikum, saya ingin kepastian berkenaan dengan penulisan kata nama dari Bahasa Arab yang betul? A. Ar-Razi B. ar-Razi C. Al-Razi D. al-Razi terima kasih atas bantuan tuan/puanWaalaikummussalam,

Ejaan yang betul ialah al-Razi.
Ejaan15.11.2018
Ashykeen Assrule Ar Aug 10th, 2:08pm asalamualaikum , saya Faezor Ashikin Aspar dari University Brunei Darussalam hendak menyanyakan soalan adakah pihak DBPKL sudah menerima email dari pihak UBD berkenaan internship di DBPKL?Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Akademi DBP, melalui ketuanya Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain10.08.2015
Merujuk Kamus Dewan, perkataan "mahram" = Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat, hu­bungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).; dan perkataan "muhrim" = Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2. mahram. Persoalan: mengapa perlu ada makna kedua bagi perkataan "muhrim" yang diertikan sebagai "mahram"? Bukankah "muhrim" dan "mahram" mempunyai makna yang amat berbeda?Pendapat tuan mengenai muhrim dan mahram adalah betul. Muhrim dan mahram mempunyai maksud yang berbeza seperti dalam Kamus Dewan. Untuk makna kedua bagi muhrim, iaitu  perkataan mahram digunakan dalam bahasa percakapan. Tuan boleh merujuk Kamus Pelajar yang ditandai dengan bp mahram. Bahasa percakapan tidak digalakkan untuk tujuan rasmi.Tatabahasa11.09.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, bagi entri 'makruh' dalam kamus dewan, mengapakah ia diberi label Ar(ab) dan bukannya label Isl(am) ? Mohon penjelasan mengapa terdapat perbezaan dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) mengenai label bagi entri 'makruh'. Selain itu, adakah semua kata yang Isl(am) berasal dari bahasa Arab? Adakah semua kata Ar(ab) berhubungan dengan agama Islam Sekian terima kasih.Kamus Dewan memberi label mengikut etimologi kata, bukan konteks penggunaannya. Contohnya label Ar bermaksud kata makruh bersumberkan bahasa Arab dan lazimnya istilah atau kata umum yang berkaitan dengan agama Islam berasal daripada bahasa Arab kerana sumber hukum diambil daripada kitab Arab. Untuk makluman entri kata Arab dalam Kamus Dewan diselia oleh pakar dalam bidang berkenaan.Istilah16.06.2020
assalamualaikum.. tolong berikan pengertian aqidah islamiyah dari sudut bahasa dan istillah menurut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru....

Akidah: Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini.

Islamiah: Ar yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam.

KD4 tidak memberi makna kata majmuk Akidah Islamiah. 

Makna30.09.2009
Salam, Saya mohon bantuan pihak DBP untuk ejaan 'Maybank' dalam tulisan Jawi. Terima kasih.Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi), bank dieja AR-SA" style="font-size: 14px; font-family: "arial","sans-serif"; color: #000000; line-height: 115%; mso-fareast-font-family: calibri; mso-fareast-theme-font: minor-latin; mso-ansi-language: en-my; mso-fareast-language: en-us; mso-bidi-language: ar-sa;" dir="rtl">بڠک , berdasarkan pedoman yang tersebut maka ejaan bagi Maybank ialah  AR-SA" style="font-size: 14px; font-family: "arial","sans-serif"; color: #000000; line-height: 115%; mso-fareast-font-family: calibri; mso-fareast-theme-font: minor-latin; mso-ansi-language: en-my; mso-fareast-language: en-us; mso-bidi-language: ar-sa;" dir="rtl">ميبڠک . Ejaan ini juga selari dengan contoh penggunaan ejaan Jawi bagi Maybank di Kelantan yang kami temukan melalui carian di Internet (Contoh dilampirkan). Mohon juga kerjasama tuan untuk menyemak penggunaan yang sebenarnya bagi negeri Kelantan. Jika ada sebarang perbincangan kami boleh dihubungi melalui talian 03-21479691/9692.Ejaan26.02.2015
saya ingin bertanya tentang ejaan yang betul di dalam jawi perkataan berikut Bestari global resources Sendirian Berhad

Bestari global resources Sendirian Berhad

AR-SA" style="font-size: 16pt; font-family: "arial","sans-serif"; line-height: 115%" dir="rtl">برحدAR-SA" style="font-size: 16pt; line-height: 115%"> AR-SA" style="font-size: 16pt; font-family: "arial","sans-serif"; line-height: 115%" dir="rtl">سنديرينAR-SA" style="font-size: 16pt; line-height: 115%"> AR-SA" style="font-size: 16pt; font-family: "arial","sans-serif"; line-height: 115%" dir="rtl">ريسورسيسAR-SA" style="font-size: 16pt; line-height: 115%"> AR-SA" style="font-size: 16pt; font-family: "arial","sans-serif"; line-height: 115%" dir="rtl">ݢلوبلAR-SA" style="font-size: 16pt; line-height: 115%"> AR-SA" style="font-size: 16pt; font-family: "arial","sans-serif"; color: #000000; line-height: 115%" dir="rtl">بستاري

 

 

Ejaan28.10.2014
12345678

Kembali ke atas