| Zainul Ariffin assalamualaikum ada simpanan buku arena wati Tuan | Sila hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP di talian 03-21479650/9651/9652. | Lain-lain | 12.06.2014 |
| Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan? | Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah. Jika saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara, maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan. Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai? Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan. Salam takzim. | Lain-lain | 03.08.2010 |
| senarai nama sasterawan negara keseluruhan | Senarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar) | Lain-lain | 11.11.2007 |
| MAKSUD SASTERAWAN NEGARA DAN CIRI-CIRI SEORANG SASTERAWAN NEGARA | Sasterawan Negara ialah sasterawan yang telah menerima Anugerah Sastera Negara daripada Kerajaan Malaysia. Anugerah ini merupakan penghormatan tertinggi kerajaan terhadap sasterawan yang telah menberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Sehingga kini seramai sembilan orang sasterawan yang telah menerima anugerah tersebut, iaitu Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain dan S. Othman Kelantan. | Lain-lain | 26.11.2007 |
| Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistik | Personifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih. Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~. Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. | Makna | 15.07.2013 |
| Kami menerima dua jawapan yang berbeza daripada pihak tuan. Mohon pencerahan, yang manakah yang paling tepat antara ayat di bawah (kedua-dua ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak DBP: a) Jawapan : Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." -24 Nov 2011 b) b) Jawapan : Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."-27 Januari 2012 Berdasarkan jawapan pada 24 November 2011, selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. Jawapan 27 Januari 2012 tidak selari dengan kenyataan pada 24 November 2011. | Sila rujuk petikan di bawah yang diambil daripada novel Kuntum Tulip Biru, karya SN Arena Wati, terbitan DBP dan bandingkan dengan ayat contoh yang saudara sertakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. "Mariani rindu makanan Asia," kata David sambil ketawa. "Kami harap segera dapatkan rumah, biar saya rasamasakannya sebelum saya pulang ke Amerika." "Kalau tidak kuat, hentikan. Macam saya. Kaulihat. Kerja saya banyak. Saya tinggalkan!" Ninik kembali merenung Pamela. "Kau akan kemukakan supaya kejadian hari ini dibincang?" Berdasarkan petikan tersebut setiap ayat dalam pengikat kata dimulakan dengan huruf besar, namun tanda baca yang sebelum pengikat itu juga perlu jelas, iaitu noktah bukan tanda koma (walaupun ayatnya pendek). Maka huruf dalam pengikat tersebut dimulakan dengan huruf besar besar. Pada masa akan datang kami cadangkan saudara merujuk buku Gaya Dewan dan juga buku terbitan DBP yang banyak menggunakan tanda baca seperti buku teks dan novel. | Ejaan | 31.01.2012 |
| 1.apakah wujud perkataan mehnah dan tribulasi dalam bahasa melayu,kerana saya tidak mendapati maksudnya didalam kamus dewan.terima kasih 2.Bagaimana nak mendapatkan perkataan2 berbunga2 untuk penulisan cerpen atau novel | 1. Perkataan mehnah dan tribulasi tiada terdapat dalam daftar Kamus Dewan. Perkataan mehnah adalah daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud ujian/bala/kesusahan. Perkataan tribulasi pula, dalam daftar Kamus Inggeris Melayu Dewan iaitu tribulation bermaksud kesengsaraan. 2. Bagi mendapatkan perkataan berbunga-bunga dalam penulisan cerpen dan novel, saudara perlulah banyak membaca dan membuat kajian. Antara buku/karya yang sdr. boleh baca (tentang gaya bahasa) ialah karya Anwar Ridhwan, Azmah Nordin, Arena Wati, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah dan lain-lain. | Lain-lain | 10.12.2007 |
| SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ? | Waalaikumusalam wbk. Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya: 1. Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang. 2. Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang. 3. Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 23.07.2009 |
| Kami menerima dua jawapan yang berbeza daripada pihak tuan. Mohon pencerahan, yang manakah yang paling tepat antara ayat di bawah (kedua-dua ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak DBP: a) Soalan : Mohon tuan yang bijaksana semak ayat yang manakah menggunakan tanda baca yang betul?: (1) a) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "mungkin dia diperangkap." b) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung. "Mungkin dia diperangkap." Jawapan : Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." -24 Nov 2011 b) Soalan : Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." Jawapan : Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."-27 Januari 2012 | Sila rujuk petikan di bawah yang diambil daripada novel Kuntum Tulip Biru, karya SN Arena Wati, terbitan DBP dan bandingkan dengan ayat contoh yang saudara sertakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. "Mariani rindu makanan Asia," kata David sambil ketawa. "Kami harap segera dapatkan rumah, biar saya rasamasakannya sebelum saya pulang ke Amerika." "Kalau tidak kuat, hentikan. Macam saya. Kaulihat. Kerja saya banyak. Saya tinggalkan!" Ninik kembali merenung Pamela. "Kau akan kemukakan supaya kejadian hari ini dibincang?" Berdasarkan petikan tersebut setiap ayat dalam pengikat kata dimulakan dengan huruf besar, namun tanda baca yang sebelum pengikat itu juga perlu jelas, iaitu noktah bukan tanda koma (walaupun ayatnya pendek). Maka huruf dalam pengikat tersebut dimulakan dengan huruf besar besar. Pada masa akan datang kami cadangkan saudara merujuk buku Gaya Dewan dan juga buku terbitan DBP yang banyak menggunakan tanda baca seperti buku teks dan novel. | Ejaan | 31.01.2012 |