Assalamualaikum tuan, "Pengawas sekolah mula kembali bergerak lebih aktif pada tahun 2020, dengan keahlian yang mula dibuka kepada pelajar arus perdana." "mula kembali bergerak", benarkah penggunaan ayat tersebut? | Ayat yang betul ialah Pengawas sekolah mula bertugas lebih aktif pada tahun 2020, keahlian baharu akan dibuka untuk pelajar arus perdana. | Tatabahasa | 03.09.2021 |
Betulkah menggunakan ayat dengan perkataan "Pengarusperdanaan" untuk tajuk | Puan Rahemah, Dari segi pembentukan kata, kata tersebut boleh dibentuk sedemikian, iaitu kata arus perdana mendapat imbuhan peN...an. Walau bagaimanapun, dari segi penggunaan dalam ayat atau sebagai tajuk adalah lebih baik digunakan dalam bentuk lain dengan mengekalkan frasa 'arus perdana'. | Ejaan | 06.05.2010 |
APAKAH MAKNA MENGARUSPERDANAKAN | Dalam Kamus Dewan arus perdana bermaksud perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb). Walau bagaimanapun tidak ada kata mengarusperdanakan dalam sumber rujukan kami. Dalam proses pembentukan kata kata terbitan yang terhasil daripada apitan meN-...-kan lazimnya membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar itu atau membawa maksud menyebabkan. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan kata mengarusperdanakan (jika ada), iaitu membuat + perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan. | Makna | 05.01.2012 |
Ingin penjelasan berhubung pemakaian kata 'mengarusperdana' dan definisi istilah tersebut. | Dalam Kamus Dewan arus perdana bermaksud perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb). Walau bagaimanapun tidak ada kata mengarusperdanakan dalam sumber rujukan kami. Dalam proses pembentukan kata kata terbitan yang terhasil daripada apitan meN-...-kan lazimnya membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar itu atau membawa maksud menyebabkan. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan kata mengarusperdanakan (jika ada), iaitu membuat + perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan. | Tatabahasa | 20.05.2015 |
Assalamualaikum. Boleh saya bertanya apakah terjemahan bagi Speaker Dewan Rakyat dalam Bahasa Melayu? Saya perhatikan media arus perdana kita sering menggunakan istilah ini hatta di dalam dewan yang mulia di kalangan ahli-ahli parlimen. Terima kasih | Perkataan "Speaker Dewan Rakyat” sudah diterima pakai sebagai kata bahasa Melayu yang bermaksud pegawai yang menjadi pengerusi dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Rakyat, Dewan Negara). (rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Istilah | 08.08.2020 |
Ayat 'mengarusperdana' dalam bahasa english tu apa? | DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan bahasa Melayu-bahasa Inggeris. Namun kata “arus perdana” boleh diberikan padanan “mainstream” dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 20.03.2014 |
Salam. Saya inin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan Bahasa Inggeris 'PREVIEW' dalam Bahasa Melayu. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan saluran berita TV dan radio arus perdana, tesis-tesis universiti dalam talian dan juga persuratan rasmi kerajaan, majoriti menggunakan perkataan PREBIU sebagai terjemahan untuk 'PREVIEW'. Namun begitu, semakan melalui carian DBP, saya tidak menjumpai perkataan PREBIU, yang ada hanyalah PREVIU. Bolehkah jika pencerahan diberikan supaya diketahui sebenarnya yang tepat adalah PREBIU atau PREVIU? | Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan, preview diberi padanan pratonton atau previu. Sekian, terima kasih. | Ejaan | 13.09.2018 |
sAYA INGIN MEMOHON PENGESAHAN BAGI FRASA ARUS PERDANA ... APAKAH BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI MENGARUSPERDANAKAN? cONTOH AYAT: ARAHAN INI BERTUJUAN UNTUK MENGARUSPERDANAKAN PEMBUDAYAAN NILAI DALAM PERKHDIMATAN AWAM. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 136, ejaan yang betul ialah mengarusperdanakan yang bermaksud menjadikan idea, kaedah atau aktiviti, dan lain-lain. Pembentukan ini melalui proses apitan kata kerja meN-…-kan. Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: “Arahan ini bertujuan mengarusperdanakan pembudayaan nilai kerja dalam perkhdimatan awam.” Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 190 - 192, yang berkaitan dengan apitan kata kerja. | Tatabahasa | 06.05.2025 |
macam mana mahu menyertai contest yang berkaitan dengan penulisan cerpen atau sajak. | Peraduan menulis cerpen atau sajak yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka akan diiklan dalam akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Dalam iklan tersebut dimuatkan maklumat tentang syarat pertandingan dan nama pegawai projek yang menguruskan pertandingan tersebut. Oleh itu, saudara disarankan supaya senantiasa merujuk akhbar tersebut. | Lain-lain | 02.09.2007 |
Assalamualaikum, Maafkan saya sekiranya soalan saya ini telah menyinggung mana2 pihak. Saya bukanlah Pakar Bahasa, tetapi saya rasa sedikit kecewa dan terkilan. Boleh tak saya dapatkan penjelasan, apakah rasionalnya kita me"Melayu"kan perkataan2 bahasa inggeris yang mana terdapat istilah Melayu yang tepat untuk maksud perkataan2 tersebut. Antara perkataan2 yang dikenalpasti dan digunakan secara meluas adalah : -diskusi (discussion) -dekorasi (decoration) -kolaborasi (collaboration) -dedikasi (dedicate) Yang amat mengecewakan saya adalah perkataan "KOREKSIONAL", yang telah digunapakai dalam akhbar arus perdana. Menurut petikan akhbar tersebut, ia bermaksud "pembetulan" yang diambil dari perkataan "correctional" merujuk kepada pengurusan Penjara. harap maklum. | Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat. | Istilah | 30.04.2010 |