| Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia Madani. Saya ingin menyemak ejaan perkataan "Muharam" untuk Awal Muharam dan 1 Muharam. Kebanyakan syarikat korporat besar di Malaysia memuat naik "Awal Muhurram" dan "1 Muharram" di dalam hantaran media sosial mereka. Adakah ejaan "Muharram" jua diterima dalam Bahasa Melayu? | Ejaan bahasa Melayu yang telah ditetapkan ialah Muharam (termasuk Awal Muharam atau 1 Muharam). Masyarakat mungkin terlepas pandang atau terpengaruh dengan ejaan bahasa lain. | Ejaan | 07.07.2024 |