Amirul Azri Dec 1st, 5:52pm Aslkm DBP Malaysia. Saya nak tanya, adakah penggunaan perkataan "netizens" yang merujuk kepada penduduk boleh digunakan dalam penulisan bahasa Melayu kerana terdapat banyak media terutamanya media sosial & blog2 menggunakan perkataan tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Tidak boleh. Perkataan "Netizens" tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. | Ejaan | 01.12.2014 |
Azri Azsr JUM 11.41 PAGI Azri Azsr Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai isi telur. Apabila seseorang ingin membuat ayat penyata mengenai kandungan telur yang berwarna kuning di tengah-tengahnya, adakah ianya dinyatakan sebabgai 'kuning telur' atau 'telur kuning'? Mohon perjelasan dari pihak berwajib mengenai isu ini. | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh ayat, 1. Kakak memerlukan kuning telur untuk membuat kek 2. Adik memakai baju kebaya yang berwarna kuning telur. Jawapan yang tepat ialah Kuning Telur. | Makna | 29.09.2017 |
salam..tolong berikan kesan penggunaan bahasa SMS terhadap ketulinan bahasa melayu sekarang dan berikan contoh-contoh bahasa SMS yang boleh merosakkan bahasa.terima kasih. | | Lain-lain | 20.03.2008 |
kelemahan dan kebaikan SMS? adakah SMS merosak kan bahasa melayu dan penggunaan SMS dikalangan golongan berpendidikan dan golongan tidak berpendidikan. | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa dan komunikasi dalam penggunaan sms / PEMIKIR : April 2007. 2. Komunikasi kreatif sms/ Dewan Bahasa : Mei 2005. 3. Pengaruh sms terhadap bahasa Melayu / Dewan Bahasa : Julai 2007 | | | | |  | | Supyan Husain | Dewan Bahasa | 01/05/2005 |
| Lain-lain | 25.04.2008 |