Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata B I

Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(388)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna melayu bagi perkataan inggeris "reccommendation"Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, recommendation bermaksud 1. cadangan, syor, perakuan <b>2.b> nasihat <b>3.b> kebaikanMakna10.02.2012
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan.

 

  • mendapat

    <b>1.b> beroleh, memperoleh: <i>~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; i><b>2.b> memperoleh, menerima, diberi: <i>mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; i><b>3.b> menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: <i>~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; i><b>4.b> menerima (surat, berita, dll): <i>dia kelihatan bermenung setelah ~ telegrami> <i>drpd ayahnya; i><b>5.b> menemui, menjumpai, memperoleh: <i>~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati i>ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); <i>~ khabar i>menerima (mendengar) khabar; <i>~ malu i>menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); <i>~ tempati> diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); <i>~ sama berlaba, kehilangan sama merugi i>prb hidup yg seia sekata;

     

  • mendapatkan

  • <b>1.b> pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): <i>Wan Intan berlari ~ suaminya;i> <b>2.b> mendapat, memperoleh (menerusi usaha): <i>kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; i><b>3.b> sl mengunjungi, menziarahi: <i>maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; i><b>4.b> mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: <i>~ kekanda yg diingati;i>

    mendapat rawatan - tepat

  • Tatabahasa03.10.2012
    Saya ingin tahu jika ada makna lain utk perkataan "attachment" dalam BM selain drpd perapatan (atau yg blh didapati dlm kamus sedia ada). Saya ingin cuba dapatkan makna dalam bahasa klasik.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, attachment bermaksud n <b>1.b> <i>means of attaching,i> penyambung; <b>2.b> <i>affectionate regard,i> <b>a.b> (<i>to a personi>) rapat: <i>he formed an ~ for a girl who worked in a travel agency,i> dia menjadi rapat dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah agensi pelancongan; <b>b.b> (<i>to an animali>) sayang akan; <b>c.b> (<i>to a countryi>) rasa cinta: <i>his ~ to the old country was obvious,i> rasa cintanya terhadap negara asalnya nyata sekali; <b>3.b> <i>object (to be) attached,i> alat tambahan: <i>a lathe with a drilling ~,i> mesin larik serta alat tambahan utk menggerudiMakna26.08.2013
    Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt <b>1.b> <i>do battle with,i> bertempur dengan: <i>America fought Japan for three years,i> Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; <b>2.b> <i>contend with in physical combat,i> berlawan: <i>my father fought the burglar with his bare hands,i> bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; <b>3.b> <i>oppose,i> menentang: <i>the senator fought the bill with determination,i> senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; <i>we are going to ~ the action,i> kami akan menentang tindakan itu; <b>4.b> <i>strive to overcome;i> <b>a.b> (<i>disease, social evili>) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; <b>b.b> (<i>firei>) melawan; <b>c.b> (<i>fear, paini>) melawan; <b>5.b> (<i>in boxingi>) berlawan (tinju) dgn: <i>he fought the champion until the third round,i> dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

    Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
    Tatabahasa23.04.2013
    Salam sejahtera Tuan, Adakah "dengan itu" tergolong sebagai penanda wacana? Apakah yang dimaksudkan dengan frasa "dengan itu"?S Sekian, terima kasih.Perkataan "dengan" ialah kata sendi nama. Frasa yang boleh digunakan untuk penanda wacana ialah sehubungan dengan itu.  S<b>ehubunganb> <b>denganb> <b>itu b>merujuk perkataan berhubung <i>dengani> <i>itui>...perlu ada dengan.Tatabahasa26.09.2013
    Apakah masalah dari sedi penggunaan kata dalam ayat-ayat ini: 1. Setiap kelas diminta membina SUDUT bacaan masing-masing. 2. Dia tidak dapat menerima SUDUT pandangannya yang agak keterlaluan itu. Terima Kasih<b>SUDUT (KAMUS DEWAN EDISI EMPAT)
    1. b>penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll<i> i><b>2. b>bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu<i> i><b>3. b>= <b>sudutanb> tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: <i>kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby;i> <b>4. b>pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi;.


    Kedua-dua penggunaan perkataan 'sudut' adalah tepat.
    Tatabahasa15.10.2012
    Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: <i>ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; i><b>2.b> boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: <i>gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai;i> <b>3. b>telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): <i>~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; i><b>4.b> mempunyai: <i>Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; i><b>5. b>(masih) hidup, belum meninggal dunia: <i>ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ i>dia sudah meninggal dunia; <b>6. b>benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): <i>dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; i><b>7. b>hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); <b>8. b>apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): <i>~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut i>prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; <i>~ air, ~ (adalah) ikani> = <i>~ padang, ~ belalang i>= <i>~ batang, ~ cendawan tumbuh i>prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

    Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan.
    Tatabahasa16.08.2013
    Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib<i>;i> <b>2.b> boleh jadi, mungkin<i>; i><b>3.b> tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin<i>; dani> <b>4. b>boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib<i>; i><b>2.b> tentu<i>; dan i><b>3.b> patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must.Tatabahasa28.02.2012
    Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

     
    Berikut ayat yang telah dipinda.

    1. Ali <b>yangb>  bersalah dalam pergaduhan itu.
    2. Tanah itu <b>sebenarnya b>milik Pak Ali.
    3. Fius berfungsi <b>mematikan aliranb> elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
     4. Adik sering <b>melawanb> cakap kakak apabila <b>dimarahib>.
    5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa <b>dipuji.b>
    6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi <b>kegilaan b>anak-anak muda.
    7. Penyair terkenal <b>itu mendeklamasikanb> syair hasil nukilan sasterawan negara.

    Tatabahasa19.07.2013
    Penggunaan perkataan "antara" a) ...antara A dengan B. b) ...antara A, B dan C. Adakah penggunaan tersebut tepat? Terima kasih.Kedua-duanya betul.Tatabahasa31.05.2010
    12345678910...

    Kembali ke atas