Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis rujukan berikut: Alison, L.J., Snook, B. and Stein, K.L., 2001, 'Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forensic Research', Qualitative Research, vol. 1, no. 2, pp.241-54 ke dalam B Malaysia. Terima kasih.

 

Sdr. Liza, 

Dalam Bahasa Melayu, penulisan bibliografi yang saudara berikan itu ialah seperti yang berikut:

Alison, L.J., Snook, B. dan Stein, K.L., 2001. Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forencis Research. Kajian Kualitatif, jil.1, bil. 2, hlm. 241-54.

(Selepas hlm. 241-54, mohon masukkan kajian kualitatif ini dilakukan di mana - masukkan tempatnya, contoh:

hlm. 241-54. Jabatan Kajian Forensik, Universiti Malaya.

 

 

 

Lain-lain12.01.2010
Mengapakah teori "letupan besar" (big bang) tidak diberi huruf besar pada huruf "l" dan "b"? Bukankah teori ini nama khas, dan peristiwa "letupan besar" hanya berlaku sekali sahaja? Terima kasih.Benar, dalam pangkalan data kami teori letupan besar dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanpun apabila merujuk khusus kepada teori Letupan Besar boleh dieja dengan huruf besar dan kami menganggapnya sebagai gaya penerbitan sesebuah organisasi. Dan ejaan tersebut harus tekal dalam keseluruhan wacana.Ejaan13.03.2012
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor

Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut.
<b>1. Bb><b>uku:              
b>Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
<b>
2. b><b>Karya Editor:
b>Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

<b>3. b><b>Majalah
b>Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.

<b>4. b><b>Kertas Kerja
b>Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan.
Lain-lain25.08.2015
PENGGOLONGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONANBahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. Hanya 9 huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t,m,n,ng,s,h,r, dan l. Konsonan b,d,g,c, dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam kata pinjaman, seperti adab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w, dan y, tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Manakala vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada 3 vokal depan, 1 vokal tengah, dan 2 vokal belakang. Hanya 3 vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o, dan e (e pepet) yang hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo.Tatabahasa02.03.2007
a)Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian. b )Murid( T)ahun (E)mpat dan( T)ahun (L)ima mempersembahkan nyanyian. ADAKAH TAHUN EMPAT DAN TAHUN LIMA KENA HURUF BESAR?Ejaan yang betul ialah "Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian", tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali ada nama kelas seperti Tahun Empat Sejahtera.Ejaan22.07.2014
Adakah cara penulisan bibliografi sebegini betul? Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan.

<b style="mso-bidi-font-weight: normal;">        1.        b><b style="mso-bidi-font-weight: normal;">Buku:
                b>Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

<b style="mso-bidi-font-weight: normal;">2.      b><b style="mso-bidi-font-weight: normal;">Karya Editor:b>

Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

<b style="mso-bidi-font-weight: normal;">3.      b><b style="mso-bidi-font-weight: normal;">Majalahb>

Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.

<b style="mso-bidi-font-weight: normal;">4.      b><b style="mso-bidi-font-weight: normal;">Kertas Kerjab>

Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

 

Untuk lebih jelas, boleh rujuk Buku Gaya Dewan, halaman 170.

Lain-lain08.07.2015
Penggunaan Italic/Tulisan Condong (Italic) Soalan saya, untuk penulisan dalam courseware (pembangunan bahan kursus multimedia), jika ada pecampuran Bahasa Melayu dan Inggeris: 1) Jika perkataan 'bahasa asing' di dalam kurungan () sama ada perlu italik atau tidak. Contoh: Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diadakan pada... 2) Untuk penyingkatan (abbreviation) perkataan, perlu italic atau tidak? Contoh: Blue Ocean Strategy merupakan suatu amalan kepimpinan yang sistematik. B.O.L. perlu dilaksanakan pada setiap organisasi. (merujuk kepada penyingkatan B.O.L.) Sekian, terima kasih
Menurut data kami, cara penulisan yang betul ialah  Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan perkataan tersebut tidak perlu (NBOS) tidak perlu diitalik.  
Lain-lain15.05.2017
4. Mengapakah pusat membeli - belah tidak boleh digunakan LAGI? 5. Jika ditinjau secara mendalam, kata dasar / akar yang bermula dengan huruf L akan mengalami perubahan yang berikut apabila diberi imbuhan yang pe-......-an / pe-........ [a] lari--- pelarian [b] lompat --- pelompat [c] layar --- pelayaran Soalan saya mengapakah 'lihat' dan 'libat' mengalami perubahan yang berikut ? lihat --- penglihatan libat --- penglibatan Adakah kedua- dua diksi di atas salah atau betul ? 6. Apakah perbezaan antara kata yang bercirikan homofon, polisemi, dan homograf ? 7. Dalam frasa " Jika diperhalusi dari perspektif yang bahana" kata diperhalusi serta bahana salah atau betul ? 8. Saya kerap menggunakan satu ungkapan yang berikut dalam karangan saya ketika mencerakinkan isi dalam karangan tentang sikap mementingkan diri sendiri. Ungkapan tersebut ialah ' ala nafsi - nafsi siapa lu siapa gua' aDAKAH UNHKAPAN SAYA YANG INI SALAH ? 9. Bolehkah saudara menyarankan kepada saya beberapa sumber ilmiah untuk mendalami lautan Bahasa Malaysia yang sesuai sebagai pelajar berusia 16 tahun? 10. Saya masih samar - samar tentang BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU?4. Jawapan yang betul ialah pusat beli-belah. Membeli-belah ialah kata kerja. 5. Mengikut tatabahasa, yang betulnya ialah 'pelibatan' dan 'pelihatan', namun disebabkan kecederungan masyarakat menggunakan 'penglibatan' dan 'penglihatan', jadi ia diterima dan tidak menjadi kesalahan. kedua-duanya adalah betul dalam bahasa Melayu. 6. Homofon ialah perkataan yg sama bunyi dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Polisemi pula ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Homograf bermaksud perkataan yg sama ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Soalan 7 dan 8 tidak lengkap. 9. Sila rujuk Tatabahasa DEwan untuk keterangan. 10. Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) da keputusan jemaah menteri, istilah bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Malaysia. Terima kasih.Tatabahasa19.04.2008
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Penghulu Kampung Talang selalu berjanji akan memberi bantuan kepada penduduk miskin namun dia tidak pernah mengotakan janjinya. Segala kata-katanya kini tidak lagi dipercayai. Maruahnya sebagai penghulu sudah tidak ada lagi. (a) (b) (c) 2. Penyakitnya masih belum sembuh walaupun telah berubat di merata-rata tempat. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia percaya bahawa selagi ada usaha akhirnya dia akan berjaya. (a) (b) (c)Peribahasa yang menggambarkan seseorang yang mudah berjanji tetapi tidak ditepati ialah lidah tak bertulang.  Manakala kata-kata yang tidak boleh dipercayai ialah lidah bercabang atau lidah biawak. Untuk menjawab soalan (3), peribahasa yang menggambarkan orang yang tidak mudah berputus asa ialah cari ikhtiar.  Untuk memberikan kfahaman yang mendalam tentang peribahasa Melayu , sdr dinasihatkan membaca buku Peribahasa terbitan DBP.Tatabahasa28.04.2009
Saya keliru tentang kata 'penglibatan' dan ' pelibatan', yang mana satu betul? Berdasarkan kamus dewan, penglibatan dianggap betul tetapi berdasarkan rumus pengimbuhan, pelibatan ialah kata yang sepatutnya.Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata <b style="mso-bidi-font-weight: normal">libatb> ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara.Tatabahasa19.03.2014
12

Kembali ke atas