Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Bangsa-Bangsa Bersatu (pertubuhan utk keamanan dan kerjasama antarabangsa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata BB


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjamkan itu akan saya kembalikan nanti”. atau SongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku-buku yang kalian pinjam itu akan saya kembalikan nanti”. munsyi, yang manakah satu ayat sesuai digunakan? TKSongSong berkata kepada QQ dan BB, “Buku yang dipinjamkan kepada saya itu akan saya kembalikan nanti”.Tatabahasa09.03.2013
piagam

Saudara Nureen,

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun,  makna piagam ialah  1. surat rasmi yg menyatakan pem­berian hak atau tanah dll (tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3. ark diploma, ijazah; memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam.

Sila kemukakan soalan semula sekiranya ada.

Lain-lain11.05.2010
Apakah maksud definisi misi,visi dan piagam

misi

  • 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara

visi

  • tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;

piagam

  • 1. surat rasmi yg menyatakan pemberian hak atau tanah dll (tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3. ark diploma, ijazah; memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam.
Makna27.11.2008
Salam, saya ingin bertanya tentang ayat "Syok". Adakah ianya dikira bahasa malaysia yang formal? Bolehkah ianya digunakan di televisyen? selain laman sosial. Terima kasih."Syok" ialah bahasa percakapan (bp) atau bahasa basahan (bb), bukan bahasa Malaysia yang formal (standard) dan perkataan tersebut tidak sesuai digunakan dalam situasi formal. 
Tatabahasa11.08.2021
Apakah perbezaan antara cikgu dan guru
Perkataan cikgu dan guru mempunyai makna yang hampir sama tetapi laras dan kaedah penggunaannya adalah berbeza. Perkataan cikgu digunakan dalam bahasa basahan untuk merujuk kepada guru, iaitu orang yang kerjanya mengajar atau mendidik
pelajar secara formal di sekolah. Cikgu juga digunakan sebagai kata panggilan kepada orang yang mengajar secara formal
di sekolah. Saya memetik olahan cikgu dan guru daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk rujukan saudara, iaitu:



cikgu 
n 1 panggilan kpd orang yg mengajar secara formal di sekolah: Cikgu Sahar membawa murid-muridnya
beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. Saya ingin belajar tarian ini, boleh cikgu tunjukkan
caranya?
2 bb orang yg mengajar secara formal di sekolah; guru: Kedua-dua cikgu itu baru tahun ini
mengajar di sekolah kami.


guru
n 1 orang yg kerjanya mengajar atau mendidik pelajar secara formal di sekolah: Pelajar perlu
menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dlm kelas.
2 orang yg mengajar atau mendidik ttg
sst perkara, bidang dsb: Masalahnya bermula apb guru kelas gimnastik enggan meneruskan kelasnya.
tGuru beliau dlm bidang fiqah ialah Sufyan al-Sauri, Malik bin Anas dan Abu Hanifah.
3 pemimpin
agama Hindu;
Makna24.08.2023
Menurut Kamus Dewan 2020, “jakun” merujuk kepada seseorang yang hairan atau pelik apabila melihat sesuatu yang baharu, ganjil, atau luar biasa. Perkataan ini sering digunakan dalam percakapan harian dengan nada sindiran atau penghinaan, namun “Jakun” juga merupakan nama salah satu suku kaum Orang Asli. Bolehkah saya mendapat penjelasan mengapa perkataan yang berpotensi menyinggung perasaan masyarakat Jakun ini dimasukkan dalam Kamus Dewan? Sekian, terima kasih.Sesebuah kamus berfungsi sebagai perakam maklumat berkaitan sesuatu kata dalam sesuatu bahasa. Maklumat berkaitan sesuatu kata diperoleh daripada data korpus, termasuk rakaman makna secara lisan dan daripada sumber rujukan terdahulu.

Perbezaan makna menunjukkan kepelbagaian dan kekayaan yang terkandung dalam setiap bahasa yang terdapat di dunia, termasuk bahasa Melayu. Jika maklumat tentang sesuatu kata itu tidak dirakamkan (dijadikan kata masukan dalam sesebuah kamus), masyarakat dan generasi seterusnya tidak memperoleh rujukan yang sebenar dan hal ini menyebabkan ketidaktelusan dan kelompongan maklumat berkaitan kata tersebut berlaku.

Perakaman maklumat dalam kamus-kamus terbitan DBP, termasuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak. Maklumat yang dibekalkan adalah autentik dan selaras dengan prinsip leksikografi dunia yang terkini dan terbukti digunakan oleh masyarakat.

Pengguna bahasa haruslah memanfaatkan maklumat yang dibekalkan (yang dimasukkan ke dalam sesebuah kamus) secara bijaksana, berhemah dan tidak semberono semasa menggunakan kata-kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa, khususnya bagi kata yang berlabel bahasa basahan (bb), bahasa percakapan (bp), bahasa kasar (bk) dan kata tabu (tabu). Maklumat seperti ejaan kata nama khas (dieja huruf besar) dan kata nama umum/am (dieja huruf kecil) juga merupakan petunjuk bagi penggunaan kata tersebut. Sebarang kata yang digunakan harus mengikut konteks penggunaan, dan tidak semua kata yang terakam dalam kamus  boleh digunakan terutamanya dalam situasi tertentu, seperti dalam peperangan, pergaduhan, dalam keadaan marah dan sebagainya. Harus berhati-hati apabila berkata-kata seperti kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".
Makna21.08.2024

Kembali ke atas