Datuk saya bernama Kumar. Adakah penggunaan perkataan bernama dalam ayat ini salah? Merujuk kamus, bernama digunakan untuk tempat atau seseorang yang terkenal. | Bernama bermaksud mempunyai nama atau memakai nama. Ayat Datuk saya bernama Kumar, betul. | Tatabahasa | 13.01.2016 |
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul? | Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2015 |
Saya bernama Mareenee Sama-alee pelajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan sejarah Bangkok Thailand Terimakasih | Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku sejarah Bangkok, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. | Tatabahasa | 06.11.2013 |
Saya bernama Mareenee Sama-alee pelajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan Bahasa Melayu di Fatani,terima kasih. | Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku berkaitan dengan bahasa Melayu di Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. | Lain-lain | 06.11.2013 |
saya bernama Mareenee Sama-alee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan sejarah Bangkok Tailahd Terimakasih | Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku sejarah Bangkok, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. | Lain-lain | 06.11.2013 |
Adakah herba bernama rosemary dikekalkan ejaannya atau diubah kepada 'rosmari' apabila menulis? | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah rosemary. | Lain-lain | 03.10.2018 |
Anjing saya bernama Si Putih. Bulunya panjang dan tebal. Bolehkah saya menggunakan "nya" untuk binatang ? Terima kasih. | Merujuk ayat di atas, nya boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Penggunaan dari/daripada yang mana paling tepat? a) Kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen daripada England. b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England. | Ayat yang gramatis ialah: b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England. Kata sendi nama dari hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. | Tatabahasa | 09.09.2011 |
saya sedang mengelolakan sebuah rancangan televisyen di Bernama TV. Tajuk rancangan 1Konsumer@Bernama-Tv. Persoalannya adakah perkataan Konsumer dalam kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, atau adakah ia boleh digunapakai kerana ia merupakan bahasa yang diambil dari Bahasa Inggeris, Consumer. Pertanyaan diusulkan berdasarkan ada aduan daripada penonton kami berhubung perkara ini. | Padanan yang tepat bagi perkataan consumer ialah pengguna. | Istilah | 27.08.2008 |
Jika rumus bagi akronim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ialah Jakim dan Berita Nasional Malaysia ialah Bernama, kenapa ejaannya tidak sama iaitu JAKIM dan BERNAMA (huruf besar) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? | Pada dasarnya rumus menulis akronim dinyatakan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 105-106. Walau bagaimanapun, dari segi amalan organisasi, contohnya JAKIM dan BERNAMA mengeja nama organisasi tersebut menggunakan huruf besar. Untuk makluman puan, Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai kamus umum merakamkan bentuk ejaan sebenar yang digunakan oleh organisasi tersebut. | Ejaan | 20.07.2018 |