| Penggunaan "Adalah" diletakkan di depan ayat sebagai subjek. Contohnya : 1) "Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru" 2)"Adalah menjadi tanggungjawab seorang anak menjaga ibunya" 3) "Adalah menjadi suatu kesalahan membuang sampah di merata tempat" Adakah ia betul? Jika tidak, apa ayat-ayat yang betul? | Kata pemeri adalah tidak digunakan pada pangkal ayat. Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: 1) Dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan strategi penentuan harga baru. 2) Menjaga ibu menjadi tanggungjawab setiap anaknya. 3) Membuang sampah di merata tempat ialah satu kesalahan. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "Islamic Negotiable Instruments" (rujukan:https://www.bnm.gov.my/-/measures-to-strengthen-the-islamic-banking-sector) - adakah "Instrumen Boleh Niaga Islam" atau "Instrumen Boleh Niaga Islamik"? Adakah akaun perbankan dengan bank-bank Islam digelar "akaun simpanan Islam" atau "akaun simpanan Islamik"? Teima kasih. | Kami mencadangkan "Islamic Negotiable Instruments" diterjemahkan sebagai "Instrumen Boleh Niaga Islam" atau "Instrumen Boleh Niaga Islamik". Kedua-dua padanan, iaitu "Islam" atau "Islamik" boleh digunakan. Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 27.09.2021 |
| Salam Tuan/Puan, Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menterjemahkan "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" Terima kasih atas bantuan daripada pihak tuan/puan. | Berdasarkan carian melalui sumber Bank Negara Malaysia bnm.gov.my/documents/act/bm_amlatfa_v3.pdf">http://www.bnm.gov.my/documents/act/bm_amlatfa_v3.pdf, "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. | Istilah | 19.09.2018 |
| Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera. Saya merujuk kepada pertanyaan saya pada 07/06/2021 tentang terjemahan beberapa istilah berkaitan “due diligence” dan nasihat DBP pada 08/06/2021 yang mencadangkan “kaedah penilaian”. Dalam konteks ayat berikut (yang diambil daripada dokumen polisi BNM), bolehkah “due diligence” diterjemahkan sebagai “penilaian wajar”? “Based on the Customer Due Diligence (CDD) information obtained at point of on-boarding new customers, or ongoing CDD information obtained from existing customers, as the case may be, a reporting institution is expected to determine the ML/TF risk profile of each customer…” “Employees who deal directly with customers or establish business relationships may be trained to conduct CDD and on-going due diligence, including circumstances where enhanced CDD is required in higher risk situations.” Terima kasih. | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, due diligence juga boleh diterjemahkan sebagai penilaian wajar. | Lain-lain | 09.06.2021 |
| Perkataan “di samping itu” tidak digalakkan untuk digunakan di dalam Laporan Tahunan kerana “di” adalah kata sendi dan “samping” kata nama sisi. Boleh digantikan dengan “serta”/ “selain itu” / “sementara itu” mengikut konteks ayat. Benarkah penerangan di atas? Namun merujuk kepada Laporan Tahunan BNM dan SC, perkataan 'di samping itu' masih lagi digunapakai. | Untuk makluman, DBP tidak mempunyai peraturan yang menyatakan bahawa "di samping itu" tidak digalakkan digunakan dalam Laporan Tahunan. 'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 526. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya adakah perkataan "prinsipal" boleh merujuk kepada amaun pokok (principal amount, principal balance dsb.)? Ini kerana saya dapati carian PRPM menyatakan "prinsipal" merujuk kepada individu tetapi carian Khidmat Nasihat dan penggunaan di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my/index.php?lang=bm&ch=bm_financialconsumeralert) menunjukkan yang "prinsipal" boleh merujuk kepada amaun pokok. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud prinsipal ialah orang (peniaga dan lain-lain) yang melantik ejen dlm perniagaan manakala menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud principal ialah pengetua, prinsipal, wang pokok, kasau jantan, pelakon utama atau penari utama. Setiap istilah sumber memberikan padanan yang berlainan mengikut sesuatu bidang dan mengkit konteks ayat. | Makna | 29.07.2019 |
| "Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu".. Salam. Kenyataan di atas adalah Misi DBP dan Sektor Swasta di minta bersama-sama untuk menjayakannya. Saya cuma ingin bertanya, kenapa pihak swasta terutama bank dan takaful tidak menyediakan surat perjanjian dalam Bahasa Melayu. Apakah tindakan DBP? Sekian, terima kaih. | Selaras dengan misi kami, DBP sentiasa berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelbagai sektor di negara kita. Melalui kerjasama DBP dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pelbagai keputusan telah dicapai dan arahan dikeluarkan. BNM telah mengeluarkan arahan kepada bank dan syarikat insurans/takaful agar dokumen berkaitan pelanggan mempunyai salinan dalam bahasa Melayu. Mohon kerjasama tuan memaklumkan kepada kami butiran bank berkenaan untuk kami buat pemantauan dan teguran yang sewajarnya. Butiran boleh di-e-mel kepada ayu@dbp.gov.my dan ana_mohdbess@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.12.2012 |