Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata BP


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.... Saya ialah seorang pelajar STPM yang mengambil subjek Bahasa Melayu. Saya ingin tahu tentang penggunaan 'bahasa percakapan' (bp). Bolehkah perkataan daripada bp digunakan untuk membuat karangan Bahasa Melayu? Ini kerana, bp tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Adakah ini bermaksud membina karangan juga termasuk dalam urusan rasmi? Contohnya, perkataan 'bajet' ialah bp dan perkataan ini tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Oleh itu, perkataan 'bajet' perlu digantikan dengan perkataan 'belanjawan'. Adakah pengggunaan kata 'bajet' dalam karangan dikira sebagai kesalahan bahasa?

Dalam situasi rasmi (termasuklah untuk tujuan peperiksaan) bahasa percakapan tidak digunakan, yang digunakan hanyalah bahasa yang baku, betul dan santun. Dalam Kamus Dewan, kata bajet ditanda sebagai bahasa percapakan, oleh itu penggunaannya hendaklah digantikan dengan kata belanjawan untuk konteks rasmi. 

Lain-lain27.06.2008
Kalau singkatan 'bp' merujuk bahasa percakapan. Apa maksud singkatan 'sr' yang digunakan DBP?salam sejahtera, Maksud perkataan 'sr' ialah kata seru, iaitu kategori kependekan kelas kata. Untuk maklumat lanjut bolehlah merujuk bahan awalan dalam Kamus Dewan Perdana untuk rujukan senarai kependekan. Sekian, terima kasih.Lain-lain11.11.2020
Apa beza "fasal (bp: pasal)" dan "tentang?"Dalam Kamus Dewan Perdana, perkataan pasal dilabelkan sebagai bahasa percakapan (bp) kepada perkataan fasal. Perkataan fasal dilabelkan sebagai Ar, iaitu etimologi perkataan tersebut daripada bahasa Arab yang membawa maksud bahagian daripada bab seksyen tertentu dalam dokumen undang-undang. Manakala "tentang" mempunyai maksud yang sama dengan "berkenaan atau berkaitan dengan; mengenai".
Lain-lain22.12.2023
perkataan yang diklasifikasikan bp iaitu bahasa percakapan tidak boleh digunakan dalam penulisan. Apakah jenis klasifikasi lain yang tidak boleh digunakan dalam penulisan pelajar sekolah?Perkataan yang dilabel sebagai "bp" tidak digunakan dalam konteks rasmi termasuklah penulisan rasmi dalam pembelajaran. Pelajar hendaklah merujuk dan mengambil contoh perkataan dalam Kamus Pelajar bagi memilih penggunaan kata yang sesuai.Tatabahasa06.11.2015
1. Boleh beri saya Terjemahan yang sesuai untuk: a) Braiding Machine 2. Dalam Kamus DPB, Bond didefinisikan sebagai bp Polis, apabila Tesaurus dirujuk, bp polis bersamaan dengan dua konteks, pangkat atau bidang polis i.e polis tentera, polis trafik. Jadi Apa terjemahan sesuai utk Bond Dealer?Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah:
a) Braiding Machine. Terjemahan yang dicadangkan ialah Mesin Pita Brid. Ia tertakluk pada konsep pembuatan.
b) Bond Dealer. Adakah tuan maksudkan perkataan bond dalam bidang kewangan? Jika ya, terjemahannya ialah Wakil Penjual Bon. 
Istilah19.08.2021
Saya mendapati perkataan FASAL dan PASAL, kedua-duanya dilabelkan sebagai 'bp'. Apakah beza antara kedua-duanya, dan bilakah penggunaannya dibolehkan?Dalam Kamus Dewan, Edisi Keempat hanya perkataan pasal dilabelkan sebagai bahasa percakapan (bp) kepada perkataan fasal. Perkataan fasal dilabelkan sebagai Ar, iaitu etimologi perkataan tersebut daripada bahasa Arab.Tatabahasa23.03.2012
Salam sejahtera, Bolehkah bp (bahasa percakapan) digunakan dalam dialog? Adakah bahasa percakapan juga merujuk kepada bahasa pasar atau slanga? Terima kasih.

Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). Menurut kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku).

Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi ialah perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku pula merupakan perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial ialah perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah. 

Tatabahasa07.12.2017
Assalamualaikum, penggunaan bahasa pasar (bp) adakah dibolehkan untuk tujuan penterjemahan komik atau buku fiksyen/bukan fiksyen? Seperti penggunaan perkataan "kat", "sorang" dan sebagainya.Pada pandangan kami, dalam penghasilan karya kreatif, penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. Pembaca perlu didedahkan dengan bahasa Melayu yang sopan dan standard supaya dapat menggunakan bahasa yang betul dalakehidupan seharian.Tatabahasa03.07.2013
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih.

 

 Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

. berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4

berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga

Makna01.07.2009
Salam sejahtera, Mengenai slanga, adakah bahasa kependekan (bp), tergulung di dalam kategori ini? Bolehkan, ni (ini), tu (itu) dll dianggap sebagai slanga? Bagaimana pula dengan perkataan okey? Adakah ianya dianggap sebagai slanga? Saya juga ingin tahu sama ada perkataan slanga, apabila digunakan dengan partikel "lah", perlukah ia disambungkan? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi).

Ni, tu dan okey dianggap sebagai slanga kerana hanya digunakan dalam bahasa percakapan tidak rasmi. Okey dalam bahasa rasmi ditulis baiklah.

Bagi semua perkataan yang ditulis dengan partikel “lah”, hendaklah dieja bersambung (nilah, tulah). Walau bagaimanapun, ayat yang gramatis ialah inilah dan itulah.


Istilah17.04.2020
1234567

Kembali ke atas