Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; membubuh 1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani;membubuhi menaruh sesuatu, meletakkan sesuatu, menambah sesuatu dgn: bajunya berkembang besar dan dibubuhi kain yg lain warnanya;bubuhan 1. sesuatu yg dibubuh; 2. Id bunyi atau rangkaian bunyi yg dibubuh pd kata pokok (awalan, akhiran, dan sisipan); pembubuhan penaruhan, penempatan, penambahan: ~ tandatangan pd surat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; membubuh menaruh atau meletakkan sesuatu: Tanah itu dpt disuburkan kembali dgn ~ baja. membubuhi menaruh pd; meletakkan pd; mengisikan sesuatu ke dlm: Ia ~ botol itu air teh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata BUBUH

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa huruf "i" dalam perkataan "Internet" perlu bubuh huruf besar? Adakah perkataan "Internet" merupakan kata nama khas? Terima kasihInternet ialah kata nama khas, oleh itu huruf awalannya hendaklah ditulis huruf besar walaupun di pertengahan ayat.Ejaan04.11.2014
Apakah tanda baca yang betul untuk judul buku, jenama dan nama lagu?Perlu bubuh pengikat kata'' atau ""? Contohnya 'Sang Kancil', 'Adidas','Negaraku'Tajuk atau judul buku, jenama dan nama lagu tidak perlu ditulis dengan tanda pengikat kata.Tatabahasa17.03.2007
Salam sejahtera, 1.Pameran perabot akan bermula dari bulan Jun hingga bulan Julai.(perlu bubuh bulan di depan Julai lagi?) Terima kasihPameran perabot akan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Julai. Ini ayat lengkap untuk penulisan yang gramatis, namun sedikit kelonggaran diberikan untuk penggunaan dalam iklan. Pameran perabot akan diadakan dari Jun hingga Julai 2020. Tatabahasa20.07.2020
Seorang "puan" memapah seorang mangsa. Dalam ayat ini bolehkah saya menggunakan "puan" ? atau mesti bubuh dengan nama " Puan Tan "?Ayat yang betul ialah "Puan Tan memapah seorang mangsa".Tatabahasa20.04.2010
Selamat pagi Saya ingin bertanya semua kanak atau semua kanak-kanak ? sebab di belakang semua / setiap/ para tidak boleh bubuh kata ganda . yang mana betul ? terima kasihKanak-kanak bukan penanda jamak. Gandaan bagi perkataan tersebut sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan seperti gula-gula dan langit-langit. Oleh itu, frasa "semua kanak-kanak" boleh digunakan.Tatabahasa24.09.2012
1. Bapa saya pergi ke tempat kerja dengan memandu kereta/menaiki kereta. atau boleh diterima kedua-duanya? Terima kasih. 2. Bila kita bubuh nama pada kata nama yang akan bertukar menjadi kata nama khas, adakah semua huruf awal perkataan perlu tukar jadi huruf besar. Contoh: majalah Pintar sepatutnya Majalah Pintar. tahun/kelas 2 Bestari sepatutnya Tahun/Kelas 2 Bestari. 3. Adakah tanda titik wajib ditulis dalam singkatan? contohnya SK Taman Indah sepatutnya S.K. Taman Indah? pusat beli-belah Aeon sepatutnya Pusat Beli-Belah Aeon/AEON? Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan supaya saya tidak salah didik anak-anak murid kita.

1. Kedua-dua perkataan, iaitu memandu kereta/menaiki kereta boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan.
2. Jika Majalah Pintar merupakan kata nama khas, permulaan perkataan perlu ditulis dengan huruf besar. Walau bagaimanapun, jika nama khas hanyalah nama majalah sahaja, iaitu Pintar, permulaan huruf bagi perkataan majalah, tidak boleh ditulis dengan huruf besar kecuali jika kedudukannya di hadapan ayat.  Contohnya, majalah Dewan Bahasa.
3. Penggunaan perkataan yang betul ialah Kelas 2 Bestari.
4. Penggunaan perkataan dan penulisan yang betul ialah SK Taman Indah.
5. Penggunaan perkataan dan penulisan yang betul ialah Pusat Beli-belah AEON.

Tatabahasa01.03.2021
Mengapah " Justeru" tidak boleh bersama-sama dengan itu?Makna justeru ialah malahan, bahkan, kebetulan. Oleh itu memadai dengan justeru (selepas itu bubuh tanda koma), bukan justeru itu.Tatabahasa30.06.2008
Tanda Koma 1. Ali suka makan pisang, durian dan rambutan. 2. Ali suka makan pisang, durian, dan rambutan. Ayat 1 atau 2 betul? Perlukah kita bubuh tanda koma di hadapan perkataan 'dan'?Tidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana pisang, durian dan rambutan dalam kategori yang sama.Tatabahasa14.06.2012
Salam sejahtera, Kita harus menyayangi tempat tinggal kita. Oleh itu, semua penduduk Kota Manis patut menghadiri kempen tersebut, bak kata pepatah muafakat membawa berkat.(selepas bak kata pepatah perlu bubuh tanda koma di belakang sebagai jeda?Sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa tolong betulkan.) Sekian, terima kasih.Untuk makluman, selepas frasa "bak kata pepatah", tidak perlu diletakkan tanda koma sebagai jeda. Selain itu, contoh ayat yang diberikan betul.Tatabahasa26.02.2020
saya agak keliru dengan penggunaan kata sendi nama - dengan. merujuk tatabahasa dewan m/s 280 dengtan bermaksud memakai atau menggunakan. Oleh itu, apabila kita menggunakan dengan, kita tidak akan bubuh perkataan menggunakan selepas perkataan dengan kerana dianggap lewah. Tetapi, apabila dengan berfungsi sebagai kata hubung keterangan cara (m/s: 518) Bolehkah kita gugurkan kata kerja selepas dengan Contoh: 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api Pemuda itu datang dengan kereta api 2. Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh Dia membunuh gular itu dengan buluh Selain kata sendi nama "dengan" dan "untuk", apakah kata yang juga mempunyai peranan sebagai kata sendi nama dan kata hubung?Sekiranya ayat tersebut ayat tunggal, iaitu bukan ayat majmuk, kedua-dua boleh digunakan. Contoh: 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api 2. Pemuda itu datang dengan kereta api.
Tuan, apabila perkataan "dengan" berfungsi sebagai kata hubung keterangan cara, iaitu menghubungkan 2 ayat tunggal menjadi ayat majmuk, maka kata kerja selepas perkataan "dengan" (menggunakan) tidak boleh digugurkan. Contoh: Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh. ( Dia membunuh ular itu.) + (Dia menggunakan buluh.)
Tatabahasa27.05.2015
12

Kembali ke atas