Adakah depan rumah dikenali sebagai bahu Jalan? | Bahu jalan merupakan bahagian tepi atau sisi jalan. | Makna | 26.09.2016 |
Apakah maksud perkataan belibir? Terdapat penggunaan 'belibir' pada uniform tentera darat iaitu "Lencana bahu dipakai dibelibir bahu baju dengan pelapik warna". Saya mencari di dalam kamus tetapi tiada. Adakah ia merupakan salah satu kosa kata bahasa Melayu? boleh dilihat pada link berikut http://pesona.mmu.edu.my/~ktng/502AW/wataniah/pakaian_lelaki.html | Tidak ada perkataan belibir dalam pangkalan data kami, melalui semakan data korpus DBP juga tidak menemukan penggunaan kata belibir. Hal ini perlulah dirujuk terus kepada pihak yang berkenaan dan pihak kami juga akan cuba untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kata tersebut. | Istilah | 08.10.2014 |
mana satu perkataan yang betul 1. Perbaringan atau pembaringan 2. dirinduinya atau dirindunya 3. kifarah atau kifarat 4. kesekian kali atau ke sekian kali 5. terenjut bahu atau terhenjut bahu | 1. Pembentukan kata yang betul ialah perbaringan, iaitu tempat berbaring. 2. Perkataan dirindunya dan dirinduinya ialah bentuk pasif bagi kata merindunya dan merinduinya, kedua-duanya betul bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 16.01.2015 |
a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. b) Hei, awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?!" Alisa mencuit bahu Alina. | a) Hei! Awak dengar atau tidak apa yang kakak cakap?" Alisa mencuit bahu Alina. Sila rujuk buku Gaya Dewan untuk lebih menguasai aspek tanda baca. | Ejaan | 03.11.2011 |
Bahu Asfa ditepuk dari/daripada belakang? | Bahu Asfa ditepuk dari belakang. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Keadaan Jalan itu menjadi semakin sempit apabila banyak kenderaan diletakkan ___________ Jalan. A. di tepi B. di hujung C. di tengah D. di bahu Jawapan yg sesuai di tepi atau di bahu | Jawapan yang sesuai ialah di bahu jalan. Namun begitu, kedua-duanya boleh digunakan kerana ia mempunyai makna yang sama. | Lain-lain | 15.05.2019 |
Maaf, saya ingin bertanya perbuatan meletakkan tangan di atas bahu seseorang dipanggil sebagai apa ye? | Perbuatan tersebut dipanggil sebagai peluk bahu. | Lain-lain | 06.05.2020 |
Mereka memasang akan kain rentang di kiri dan di kanan bahu jalan. Adakah ayat ini gramatis? | Ayat yang gramatis: Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan. | Tatabahasa | 28.10.2018 |
Bagi menangani masalah itu semua ahli masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin. munsyi, apakah kesalahan daam ayat ini? TQ | Dalam konteks ayat ini, perkataan semua ahli masyarakat boleh ditukar kepada masyarakat atau semua pihak. Ayat yang lebih baik ialah 'Bagi menangani masalah itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.' atau ''Bagi menangani masalah itu, masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.' | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Adakah ayat di bawah betul? Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat. | Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat - ayat ini betul. | Tatabahasa | 24.03.2011 |