Perkataan maha dalam frasa “maha luas” dieja dengan huruf kecil. Mengikut kelaziman, ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan sebagai satu perkataan yang utuh. Contoh lain: maha mulia, maha besar dan maha agung.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 304 - 305 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1377.
Thanks for clicking. That felt good.