1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. atau Orang ramai berhimpun di balai raya Taman Indah. (adakah balai raya itu dianggap sebahagian drp nama khas?) 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. atau Guru menulis tajuk karangan pada papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar di dinding. atau Ayah menggantung gambar pada dinding. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar pada dinding. | Tatabahasa | 25.01.2015 |
1. ______ orang berkumpul di balai raya. A. Ramai B. Banyak 2. Gunung Kinabalu ______ gunung yang tertinggi di Malaysia. A. ialah B. adalah | 1. Banyak orang berkumpul di balai raya. 2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia Untuk makluman kedua-dua "ramai orang" dan "banyak orang" adalah betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Salam sejahtera, saya sedia memahami bahawa kata nama majmuk terhasil daripada merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur seperti rukun tetangga, balai raya, dan sebagainya. Pertama, adakah ‘ibu bapa’, sebagai contohnya, tergolong dalam kata nama majmuk? Bukankah kata hubung gabungan ‘dan’ / ‘atau’ boleh disisipkan antara kata nama ibu dengan kata nama bapa? Kedua, andai kata ‘ibu bapa’ tergolong dalam kata nama majmuk, bagaimanakah penggandaannya? Penjelasan dan budi bicara pihak tuan demi memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu amat dialu-alukan dan dihargai. Sekian, terima kasih | Ibu bapa ialah frasa nama dan frasa tersebut boleh disisipkan dengan perkataan lain, seperti ibu dan bapa. | Tatabahasa | 18.11.2018 |
Bolehkah tuan berikan saya jenis-jenis kata majmuk dalam Bahasa Melayu utk kegunaan diri dan pelajar saya? | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Jenis-jenis kata majmuk terbahagi tiga iaitu: 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya. 2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. 3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 131. | Tatabahasa | 16.01.2008 |
adakah bongkah polistirena dan bola ping pong serta penyambung "L" merupakan kata majmuk rangkai kata bebas? | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya. 2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. 3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas. kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. Jika merujuk kepada maksud tersebut, ini bermakna bongkah polistirena, bola pingpong dan penyambung 'L' merupakan kata majmuk bebas. | Tatabahasa | 29.12.2015 |
bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'? | Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu. | Tatabahasa | 16.04.2008 |
BERDEKATAN | Merujuk lampiran notis yang diberi oleh pihak tuan/puan, sila buat pembetulan berdasarkan cadangan daripada pihak kami seperti yang berikut: TANAH LOT UNTUK DIJUAL (rapatkan ejaan DIJUAL) 1. DI KAWASAN BETING TINGGI. 2. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI. 3. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN. 4. BERDEKATAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI UITM 5. BERDEKATAN DENGAN JARINGAN LEBUH RAYA BAHARU. 6. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERKAMPUNGAN. 7. BERDEKATAN DENGAN PEKAN KUALA PILAH. 8. BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI KLINIK KESIHATAN, BALAI RAYA, STESEN MINYAK, MASJID DAN LAIN-LAIN. 9. KELUASAN DARIPADA 5150 KPS. 10. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS. 11. GERAN INDIVIDU 12. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS. JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI:XXX Jika pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan bahasa berkenaan iklan ini, sila layari laman web www.dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan seperti di atas setelah pembetulan dilakukan. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.01.2018 |
bagaimana hendak mengenal pasti kata majmuk? kemudian, adakah perkataan "sebagai",dan "ialah" juga merupakan kata majmuk? soalan kedua, perkataan "bersamanya", apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "-nya"? adakah ianya adalah kletik? dan bagaimana hendak diterangkan dalam pembentukan kata bagi perkataan "bersamanya". | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya. 2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. 3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas. kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. "Sebagai" dan "ialah" bukan kata majmuk. "Sebagai" ialah kata sendi manakala "ialah" kata pemeri. "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga yang juga boleh berfungsi sebagai kata pembenda/penekan. Keterangan lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 295. | Istilah | 18.02.2009 |