Assalammualaikum... saya nak bertanya mana yang lebih sesuai Soalan 1 Monogram Bandar Diraja ATAU Logo Bandar Diraja SOALAN 2 : Boleh atau tidak menggunakan ayat Pemasyhuran Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja ATAU Perisytiharan / Pengisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Sekian terima kasih | Waalaikummussalam saudari Zi, 1. Logo Bandar Diraja 2. Perisytiharan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja. | Lain-lain | 04.10.2012 |
Bandar Diraja Kuala Kangsar atau Kuala Kangsar Bandar Diraja? | Menurut hukum D-M, nama yang sepatutnya ialah Kuala Kangsar Bandar Diraja. Contoh lain ialah Melaka Bandaraya Bersejarah. | Lain-lain | 28.12.2006 |
Mengapa tidak boleh "Kuala Kangsar Bandar Diraja" ditulis sebagai "Bandar Diraja Kuala Kangsar"? | D-M bermaksud (diterangkan) dan (menerangkan).Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir dahulu dan unsur menerangkan hadir kemudian. Dalam contoh ini "Kuala Kangsar (unsur inti) Bandar Diraja (unsur penerang). | Tatabahasa | 04.07.2007 |
Salam... Saya nak tanya...slogan yang mana lebih sesuai/tepat boleh digunakan: 1. Bandar Maharani, Bandar DiRaja @ 2. Maharani Bandar DiRaja Soalan kedua, ejaan mana yang betul 1. DiRaja @ 2. Diraja Sekian..terima kasih | Ejaan yang betul ialah Diraja. Jika melihat contoh Kuala Kangsar Bandar Diraja, maka frasa yang betul ialah Maharani Bandar Diraja. Walau bagaimanapun kami cadangkan saudara merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi memastikan penamaan yang betul bandar tersebut. | Tatabahasa | 01.08.2012 |
Salam Sejahtera, 1. Adakah terdapat perbezaan antara perkataan Diraja dan DiRaja. 2. Bagaimana penggunaan perkataan Diraja yang sebenarnya..Contohnya Klang Bandar Diraja atau Klang Bandar DiRaja. Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah Klang Bandar Diraja. | Tatabahasa | 08.09.2014 |
Assalamualaikum.. Saya nak tanya mana yang lebih sesuai digunakan untuk ayat ini Majlis Sempena PENGISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja ATAU Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja Terima Kasih.. | Puan Zi, Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja penggunaan ayat yang betul. | Tatabahasa | 03.10.2012 |
perkataan diraja dimulakan dengan huruf besar atau huruf kecil ? | Perkataan diraja dieja dengan huruf kecil. Perlu ditukar ke huruf Besar jika ia adalah nama Khas seperti Klang Bandar Diraja. | Tatabahasa | 29.02.2016 |
Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk. | Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
ejaan sebenar bagi perkataan bandar di Raja Perak | Ejaan yang betul ialah Diraja. | Tatabahasa | 26.10.2014 |
Salam, saya menghadapi kesukaran membaca manuskrip lama yang berbahasa jawi, bagaimana cara untuk saya mendapatkan terjemahan bagi manuskrip "Surat-surat Berhubung Dengan Harta Keluarga Diraja Kedah"? | Puan boleh mendapatkan perkhidmatan transliterasi daripada syarikat Klasika Media di Bandar Sri Putra Kajang. Alamat e-mel: klasika.media@yahoo.com atau hubungan Ustz Mohd Syukri Rosli.: 03 89209800. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2014 |