Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bandar Selamat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Selamat Tahun Baru Cina atau Selamat tahun baharu cina? 2) bandaraya atau bandar raya?Ungkapan 'baru' atau 'baharu' boleh merujuk kepada 'new'. Ungkapan 'baru' hanya merujuk 'just'. Selamat Tahun Baharu Cina atau Selamat Tahun Baru Cina. Kedua-dua boleh digunakan. Begitu juga dengan kereta baru dan kereta baharu. Ejaan yang betul ialah Bandar Raya.Tatabahasa25.01.2011
Salam sejahtera dan selamat petang. Baru-baru ini saya nampak kandungan di Wikipedia mengenai rencana Pulau Pinang. Dalam rencana tersebut, nama rasmi Pulau Pinang dieja sebagai Bandar raya Pulau Pinang. Saya ingin mengenal pasti sama ada ejaan ini betul atau tidak? Perlu ditulis sebagai Bandar raya ataupun Bandar Raya?Mohon hantar semula soalan kerana lampiran tidak dapat dibuka. Mohon pastikan juga soalan ringkas dan padat, seboleh-bolehnya tanpa lampiran.Tatabahasa05.10.2025
Selamat Sejahtera, Apakah singkatan bagi Bandar dan Bukit untuk kegunaan Papan tanda jalan JKR.

Tiada singkatan untuk perkataan “Bandar” dan “Bukit” yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Lain-lain21.08.2023
Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? 5. Ayah saya Timbalan Ketua Polis @ timbalan ketua polis? 6. Saya ketua kelas 3A @ saya Ketua Kelas 3A? 7. Di pekan Jabi atau Pekan Jabi? Harap pihak DBP boleh jelaskan penggunaan huruf besar dan kecil dengan lebih jelas. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu. Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? Selam

Berikut merupakan penerangan bagi setiap ayat/frasa:

  1. “Abang saya Ketua Jabatan Sumber.”, “Ketua Jabatan Sumber”, merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  2. “Dia berasal dari bandar Batu Gajah.”, “bandar” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.
  3. “Dipersilakan Menteri Kesihatan Malaysia memberikan ucapan.”, “Menteri Kesihatan Malaysia” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  4. “Saya tinggal di Kampung Mewah.”, “Kampung Mewah” merupakan kata nama khas dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  5. “Ayah saya Timbalan Ketua Polis.”, “Timbalan Ketua Polis” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  6. “Saya Ketua Kelas 3A.”, “Ketua Kelas 3A” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  7. “Di pekan Jabi atau Pekan Jabi?”, “pekan” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kata nama khas dan kata nama am, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 84 - 86.


Tatabahasa04.03.2024
Selamat pagi dan terima kasih kerana sedia membantu. Saya selalu keliru dengan lokasi penggunaan perkataan "akan" pada ayat berbentuk soalan. Yang manakah antara soalan berikut gramatis? 1) "Di negara yang manakah anda akan mendapati bandar Toledo dan Granada?" ATAU "Di negara yang manakah akan anda mendapati bandar Toledo dan Granada?" 2) "Apakah gunung yang akan anda lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?" ATAU "Apakah gunung yang anda akan lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?"Ayat yang betul ialah

1) Di negara manakah terletaknya bandar Toledo dan Granada?"
2) Apakah gunung yang akan anda lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?"
Tatabahasa31.05.2019
Selamat Pagi, saya nak apply lessen dan pasang banner dekat kedai Bandar Saujana Putra, MPKJ suruh I dapatkan semakan dari Dewan Bahasa baru boleh dapat apply lessen untuk banner. Terima Kasih.

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain16.10.2017
Selamat petang, Saya ingin membuat semakan berkenaan papan tanda yang harus dipaparkan di medan selera yang akan dibuka di AEON MALL Bandar Dato' Onn, Johor Bharu. Dibawah saya sertakan lampiran saiz dan contoh papan tanda yang akan dipaparkan. Sekian terima kasih. Yang benar, Nurasyikin
Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/
Lain-lain16.08.2017
Assalamualaikum dan selamat pagi, Nama saya Zaime Bin Bujor. Untuk makluman tuan / puan, tempat saya bekerja sedang menyediakan dokumen dasar dan garispanduan untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia bertajuk Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN), namun begitu, terdapat beberapa terma dan maksud perkataan yang kurang kami fahami, oleh itu, kami ingin meminta jasa baik pihak DBP untuk membantu kami di dalam mendefinisikan maksud dan penerangan mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Penambakan Tanah 2) Tebus-Guna Tanah 3) Penambakan Pantai 4) Tebus-Guna Pantai 5) Pembangunan Atas Air 6) Pembangunan Terapung Sekian, terima kasih! Yang Benar, Zaime Bujor
Untuk makluman saudara, perkataan ini merupakan frasa biasa dan bukannya istilah khusus. Oleh itu, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
Makna01.09.2020
Selamat sejahtera... Papakah cara terbaik yang boleh digunakan untum engenalpasti kata majmuk rangkai bebas daripada kata majmuk istilah khusus?Kata majmuk yang merupakan rangkai kata bebas atau umum ialah jalan raya, pasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar  dsb. manakala kata majmuk yang merupakan istilah khusus ialah telefon dial terus, cari gali, temu duga, segi tiga tepat dsb.Lain-lain28.08.2014
Selamat Pagi. Saya ingin mendapatkan persetujuan/perakuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Nama Bangunan/Skim Pembangunan. Saya akan berasa sukacitanya sekiranya tuan/puan dapat memberitahu tatacara mendapatkan surat tersebut.Surat ini diwajibkan oleh Jabatan Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih.Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia.Lain-lain21.11.2011
12

Kembali ke atas