Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar | Ayat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.' | Tatabahasa | 13.09.2007 |
Seperti berkepil. | 1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari. | Makna | 27.12.2006 |
Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "dependent locality" merujuk kepada sesuatu nama bandar kecil atau kampung yang kadang kala dimasukkan dalam alamat apabila tempat penghantaran berada di luar sempadan bandar pos utama yang digunakan bagi tujuan pos. Manakala istilah "double dependent locality" pula merujuk kepada sesuatu taman perniagaan, kawasan perindustrian atau perkampungan desa yang lebih kecil daripada "dependent locality", yang kadang kala dimasukkan dalam alamat. Apakah istilah yang sesuai untuk "dependent locality" dan "double dependent locality"? Bolehkah "kawasan sandaran" dan "kawasan sandaran berganda" masing-masing diterima? Sekali lagi, terima kasih. | Istilah “dependent locality” dan “double dependent locality” secara teorinya tidak dilaksanakan di Malaysia. Oleh sebab itu, padanan yang sesuai dan paling hampir menepati konsep ini ialah istilah di alamat. Namun, kini konsep ini jarang digunakan dalam sistem penghantaran melalui pos. | Istilah | 18.12.2019 |
Assalam Tn Saya Zainal Ariff (0104007090) dari Jururancang Bandar (Zas Planner) ingin mendapat terhadap penggunaan bahasa untuk dijadikan nama taman perumahan yang kami cadangkan di kawasan MBSA, Shah Alam Nama-nama yang kami cadangkan adalah seperti berikut :- 1.Sinaran Residensi 2. Utopia Residensi 3. Seri Sinar Residensi 4. Seri Unggul Residensi Diharapkan pihak tuan dapat memberi ulasan terhadap cadangan di atas dengan kadar segera dan diucapkan ribuan terima kasih. | 1. Residensi Sinaran 2. Residensi Utopia 3. Residensi Seri Sinar 4. Residensi Seri Unggul | Tatabahasa | 17.10.2017 |
Contoh signboard2 jalan yang kelihatan di pasang oleh pihak PBT > (1). J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar (2). T. Tasik Perdana > Tmn. Tasik Perdana > Taman Tasik Perdana (3). B. Tun Razak > Bdr. Tun Razak> Bandar Tun Razak (4). Jln.T.A. Rahman sepatutnya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Nama Agong yang pertama) (5). K.Trengganu/Terengganu sepatutnya Kuala Trengganu/Terengganu (6). K.Lipis sepatutnya Kuala Lipis. Soalan saya signboard yang mana pihak PBT wajib pakai/guna apabila membuat signboard jalan. Saya syor dan cadangkan supaya semua perkataan short form tidak dibenarkan. Mohon dapat pengesahan pihak DBP dan memantau keatas perkara ini demi generasi akan datang. Sekian, terima kasih. | Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ejaan pada papan tanda ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. | Lain-lain | 19.11.2010 |
saya ingin mencari nama yang canggih untuk majalah sekolah saya... nama mestilah mengikut zaman sekarang yang moden dan boleh diterima masyarakat luar bandar... sekian terima kasih | DBP tidak mempunyai senarai nama khas untuk penamaan majalah. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk kamus dan istilah dalam laman web kami www.dbp.gov.my atau www.prpm.dbp.gov.my. Tuan juga boleh merujuk buku panduan di laman web kami yang bertajuk Nama Indah (Penamaan Khas, Bangunan, Taman dan Jalan). | Lain-lain | 23.04.2012 |