Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Banjir Kilat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, ayat di bawah ini betul atau salah? Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam.Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam.Tatabahasa05.07.2013
1. Banjir kilat melanda beberapa buah kawasan perumahan itu sejak belakangan ini membimbangkan penduduk. (jawapan yang diberikan oleh buku rujukan ialah 'sejak' tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, apakah kesalahannya) 2. Antara atlit yang terkemuka di negara kita pada masa ini termasuklah Dato Nicol David, Dato Lee Chong Wei dan Shalim Zulkifli. (apakah kesalahan ayat itu) 3.Pihak kerajaan akan memperkosa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dari semasa ke semasa. (adakah ayat itu salah) terima kasih.

1. Frasa sejak belakangan tidak boleh digunakan secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja. 

2. Kesalahan ejaan atlit. Ejaan yang betul ialah atlet. 

3. Kesalahan perkataan memperkosa. Perkataan yang betul ialah memperkasakan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui makna perkatan memperkosa dan memperkasakan. 

Tatabahasa28.09.2009
Selamat sejahtera, Banjir kilat telah menenggelamkan/menenggelami kereta-kereta penghuni kota . Soalan : 1. penggunaan "menenggelamkan" atau "menenggelami "yang betul? Sila jelaskan. 2. Adakah "kereta-kereta penghuni kota" menyalahi hukum tatabahasa ? Jelaskan Membaca merupakan satu hobi berbentuk riadah . 1. Adakah "berbentuk" kata kerja tak transitf (KKTT) Terdapat segolongan penduduk terlupa bahawa maju mundur sesebuah negara amat bergantung pada rakyatnya yang berilmu. 1. Adakah kata 'terdapat", "terlupa","bergantung" dan "berilmu" KKTT. Tolong jelaskan sebab. Terima kasih.

Cikgu terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Imbuhan  meN....i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif manakala iambuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Atau pada kebiasaannya imbuhan yang berakhir dengan  i....ditujukan kepada benda hidup dan ...kan pada benda tidak hidup. Walau bagaimanapun sila rujuk mana-mana buku tatabahasa untuk penjelasan lanjut. Terima kasih

Tatabahasa21.05.2009
maksud banjir kilat mengikut kamus DBPMaknanya ialah banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna22.08.2009
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu.Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata   nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal.

Ayat 2: Betul

Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia.

Ayat 4: Betul

Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". 
Tatabahasa24.04.2019
tolong betulkan ayat ini jika ada kesalahan. Tragedi Kondominium Highland Tower runtuh ini berlaku dalam tahun 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang. Ia merupakan satu tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia dalam bulan November dan Disember membawa hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilatTragedi keruntuhan Kondominium Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Kelang berlaku pada tahun 1993. Ia merupakan tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia sehingga kini. Lazimnya hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku pada bulan November dan Disember.Tatabahasa09.04.2013
Perkataan 'justeru' bukan penanda wacana. Jika 'justeru' bukan penanda wacana, mungkinkah 'justeru' berperanan sebagai kata hubung ? Adakah ayat di bawah boleh diterima? 1. Justeru, para pelajar diwajibkan hadir pada petang ini. 2. Hujan yang turun tanpa henti-henti, justeru menyebabkan banjir kilat berlaku.

Justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; "Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur dan saksama." Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 atau merujuk terus penulis buku tersebut seperti Datuk Dr. Nik Safiah Karim. 

Penggunaan justeru dalam kedua-dua contoh ayat yang diberi adalah kurang tepat.

Tatabahasa10.04.2010

Kembali ke atas