1. menabung di dalam bank / menabung di bank / menabung dalam bank 2. simpanan di dalam bank / simpanan di bank / simpanan dalam bank Yang manakah di atas adalah betul? Terima kasih. | Frasa yang tepat ialah menabung di bank dan simpanan di bank. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka? | Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. | Tatabahasa | 22.11.2014 |
Adakah terjemahan ini betul " The upcoming Islamic Bank 2015" Bank Islam Baharu 2015"? Jika tidak betul apakah terjemahan yang tepat?. Terima kasih | Ya benar, Bank Islam Baharu 2015. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.09.2015 |
pengwujudan bank atau pewujudan bank | Frasa yang betul ialah pewujudan bank. | Istilah | 13.10.2009 |
'Power bank' dalam bahasa Melayu? | Perkataan power bank diterjemahkan kepada bank kuasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.10.2015 |
dalam akaun bank atau di dalam akaun bank? | Dalam akaun bank. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Mana satu betul ejen bank atau agen bank? | Frasa yang betul ialah "ejen bank". | Lain-lain | 11.05.2023 |
Salam Manakah yang persis? 1. dikreditkan terus ke akaun bank 2. dikreditkan terus dalam akaun bank 3. dikreditkan terus ke dalam akaun bank Harap diajukan penjelasan ringkas. TK | Yang tepat ialah no. 3. "... dikreditkan terus ke dalam akaun bank", untuk menunjukkan arah masuknya wang dan sebagainya . | Tatabahasa | 24.11.2011 |
bank agro atau agro bank dalam penulisan bahasa melayu | Frasa yang betul ialah Bank Agro. | Ejaan | 13.10.2009 |
bank rejection dalam bahasa | Terjemahan yang sesuai bagi bank rejection ialah Ditolak oleh bank | Makna | 27.11.2017 |