Ayat manakah yang betul? (1) Tiara menegur sapa dengan jiran baharunya (2) Baju-baju di dalam almari Bella tersusun dengan rapi | Ayat yang betul ialah ayat no. 2. | Lain-lain | 17.08.2014 |
Saya mahu bertanyakan tentang ejaan Jawi untuk kata berganda/bertasydid selain b.Arab. Umum saya tahu yg kata arab bersyaddah tidak ditulis bila dieja dalam Jawi (Cthnya Mahabbah محبه). Sebagai contoh nama: Bocchi. Adakah dieja بوچي sahaja dengan tanda tasydid halimunan. Atau dengan dizahirkan hurufnya بوچچي. Contoh lain: betta, zettabait, bella .dsb | Untuk konsonan berganda seperti Bocchi, Betta, zettabait, Bella dan lain-lain dieja dengan satu konsonan sahaja. Contoh: Bocchi dieja بوکي. Tidak perlu digandakan konsonannya, sesuai dengan sistem bunyi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kekecualian pada perkataan massa yang dieja dengan dua sin, bagi mengelakkan sama ejaan dengan masa. Sila rujuk Pedoman Umum Ejaan Jawi (DBP, 2020) di bawah tajuk Penulisan Kata Serapan. | Ejaan | 06.09.2023 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dalam ayat berikut adalah perlu atau tidak? 1. Damya mengucapkan (terima kasih/Terima Kasih) kepada ibunya. 2. Lily mengucapkan (selamat pagi/Selamat Pagi) kepada Cikgu Khoo. 3. Bella mengucapkan (selamat malam/Selamat Malam) kepada neneknya. 4. Pekerja itu mengucapkan (selamat tengah hari/Selamat Tengah Hari) kepada pegawai atasan mereka. Sila berikan penjelasannya sekali. Terima kasih. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap nama khas sahaja. Ucapan selamat pada mana-mana waktu, ucapan terima kasih bukan kata nama khas. Sila rujuk buku kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP; buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga, DBP dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, DBP. | Ejaan | 14.07.2014 |