bencana dan bencana alam dari sudut geografi | Bencana bermaksud bahaya atau kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah (gempa,angin ribut dan lain-lain). Untuk melihat maksud bencana/bencana alam dari aspek teknikal sila rujuk ensiklopedia atau buku yan berkaitan. | Makna | 25.10.2009 |
MAKSUD BENCANA ALAM DAN SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN | Bencana bermaksud 1. bahaya,kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah(gempa,angin ribut dll.). Sediakan payung sebelum hujan bermaksud hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 20.08.2008 |
_____tanaman padi Psk Ali tidak menjadi akibat serangan perosak. a. Segala b. Seluruh C. Setiap jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | Jawapan a. segala dan b. seluruh adalah betul. Sila lihat penerangan yang diambil dari Kamus Dewab Edisi Keempat: 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Lain-lain | 17.04.2014 |
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan pengurusan bencana. Terdapat banyak istilah yang berkaitan yang perlu diperjelaskan terutama yang melibatkan terjemahan daripada bahasa inggeris seperti risk, danger, hazard dan disaster yang diterjemahkan kepada risiko, merbahaya, bahaya dan bencana. 1. Adakah terjemahan saya di atas adalah betul? 2.mohon pihak tuan menjelaskan beza antara keempat-empat istilah ini 3. Mohon penjelasan mengenai penggunaan istilah geobencana (geodisaster)dan geobahaya (geohazard). Adakah istilah ini boleh digunapakai atau perlu menggunakan perkataan penuh seperti bencana geologi dan bahaya geologi | 1. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menterjemahkan risk kepada risiko, danger kepada bahaya, hazard terkandung maksud risk dan danger di dalamnya, dan disaster bencana atau malapetaka. 2. Tidak ada maklumat tentang perkataan geobencana dan geobahaya dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan perkataan bahaya geologi dan bencana geologi digunakan bagi memberi faham kepada khalayak tentang perkataan tersebut. | Tatabahasa | 22.01.2015 |
ayat ini betul atau salah. Bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. | Bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. - ayat ini betul | Tatabahasa | 03.09.2010 |
Salam, Adakah apa-apa peribahasa Melayu yang bermaksud "berasa gembira atas bencana yang menimpa orang lain"? Sekian, terima kasih. | Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami. Lihat bencana&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bencana&d=11 jika ada peribahasa lain yang berkaitan. | Tatabahasa | 24.10.2012 |
Apakah perkataan yang paling tepat untuk menggantikan perkataan bencana. (tragedi atau musibah) | Perkataan lain yang sama atau hampir sama makna dengan bencana ialah bahaya, kecelakaan, nahas dan sebagainya. | Tatabahasa | 29.03.2011 |
penggunaan Kata yang betul.. program kesiapsagaan menghadapi bencana. adakah perkataan kesiapsagaan boleh digunakan yang bermaksud bersiap sedia / persediaan tq | Cadangan penggunaan yang betul ialah program siap siaga menghadapi bencana.Makna siap siaga ialah siap sedia,iaitu sudah bersedia untuk(melalkukan sesuatu dll.). Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1485. | Tatabahasa | 01.06.2008 |
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera, Saya adalah pelajar di University of Sheffield dan kini sedang menjalankan kajian berkaitan bencana - banjir. Saya sedang mencari asal usul beberapa perkataan (etimologi) yang akan digunakan di dalam kajian saya seperti: 1) bencana/ musibah 2) banjir/bah 3) kampung & perkampungan Namun saya tidak berjaya mencari sumber maklumat tersebut melalui online. Diharap pihak DBP dapat membantu. Sekian, terima kasih. Nor Izura Tukiman | W'salam: Sehingga kini pihak DBP tidak menerbitkan buku estimologi nama-nama tempat atau mempunyai data khusus tentang estimologi asal usul perkataan. Walaupun begitu, saya mencadang pihak puan menghubungi terus Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP (03-21479676 Ketua Bahagian) dan Bahagian Perkamusan DBP ( 03-21479686 Ketua Bahagian) bertanyakan terus hal tersebut. Sekian, terima kasih. | Makna | 13.10.2016 |
'Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah suatu / sesuatu bencana berlaku.' Dalam ayat di atas, 'suatu' atau 'sesuatu' lebih sesuai digunakan? Apakah perbezaan antara 'suatu' dengan 'sesuatu'? Terima kasih. | Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi; Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah sesuatu bencana berlaku. | Tatabahasa | 22.07.2013 |