kata 'mangsa' boleh ke digandakan menjadi mangsa-mangsa? cth ayat : Mangsa-mangsa bencana banjir di Pakistan seramai 20juta orang mendapat bantuan dari seluruh dunia. betul ke ayat tersebut? | Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan mangsa tidak perlu diulang kerana dianggap lewah. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah maksud yang tepat bagi frasa ini? Konteks adalah berkenaan langkah pencegahan bencana banjir. "Flood/Inundation Mesh Model" - Model Jaringan Banjir/Pembanjiran - Model Jaringan Banjir/Limpahan - Model Mesh Banjir/Limpahan | Berdasarkan rujukan kami, perkataan flood dan inundation mempunyai makna yang hampir sama. Dalam data kami terdapat istilah inundation yang dipadankan dengan pembanjiran. Pembanjiran bermaksud; 1. Pelimpahan air mengatasi tebing biasa sungai atau badan air lain atau pengumpulan air, melalui saliran pada kawasan yang biasanya tidak ditenggelami air.,2. Pelamparan air secara terkawal untuk pengairan dan sebagainya yang digunakan dalam bidang geografi. Sehubungan itu, cadangan kami bagi perkataan Flood/Inundation Mesh Model ialah Model Jaringan Pembanjiran jika bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.08.2018 |
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera, Saya adalah pelajar di University of Sheffield dan kini sedang menjalankan kajian berkaitan bencana - banjir. Saya sedang mencari asal usul beberapa perkataan (etimologi) yang akan digunakan di dalam kajian saya seperti: 1) bencana/ musibah 2) banjir/bah 3) kampung & perkampungan Namun saya tidak berjaya mencari sumber maklumat tersebut melalui online. Diharap pihak DBP dapat membantu. Sekian, terima kasih. Nor Izura Tukiman | W'salam: Sehingga kini pihak DBP tidak menerbitkan buku estimologi nama-nama tempat atau mempunyai data khusus tentang estimologi asal usul perkataan. Walaupun begitu, saya mencadang pihak puan menghubungi terus Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP (03-21479676 Ketua Bahagian) dan Bahagian Perkamusan DBP ( 03-21479686 Ketua Bahagian) bertanyakan terus hal tersebut. Sekian, terima kasih. | Makna | 13.10.2016 |
Tuan, minta bina ayat dengan kata sendi nama "kepada" dan sasaran mujarad. Contohnya, kepada bahaya dadah. Dalam frasa "kepada bahaya dadah", frasa nama "bahaya dadah" merupakan sasaran mujarad yang mengikut kata sendi nama "kepada". Saya meminta tuan membina lebih banyak ayat lagi dengan penggunaan kata sendi nama "kepada" untuk sasaran mujarad, dengan syarat tidak berdasarkan ayat contoh Tatabahasa Dewan. | Ayat contoh yang menggunakan kata sendi nama kepada untuk merujuk unsur mujarad ialah Semasa musim tengkujuh, penduduk di Kelantan sentiasa diingatkan kepada bencana banjir. | Tatabahasa | 29.01.2015 |
Apakah perbezaan "bersedia" dan "menyediakan"?boleh memberikan contoh ayat | Perkataan “bersedia” bermaksud berada dalam keadaan mempersiapkan diri, rela atau sanggup melakukan sesuatu. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: - Saya bersedia menggalas tugas yang diamanahkan.
- Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana banjir.
- Dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan.
- Fatimah bersedia membantunya.
Manakala, perkataan “menyediakan” bermaksud mengadakan atau menyiapkan sesuatu lebih awal untuk tujuan tertentu dan memberikan sesuatu terlebih dahulu sebagai kemudahan, ganjaran dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut: - Khairul Amir membantu ibunya menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.
- Syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan Internet di kawasan luar bandar.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1987. | Makna | 02.04.2025 |
_____tanaman padi Psk Ali tidak menjadi akibat serangan perosak. a. Segala b. Seluruh C. Setiap jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | Jawapan a. segala dan b. seluruh adalah betul. Sila lihat penerangan yang diambil dari Kamus Dewab Edisi Keempat: 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Lain-lain | 17.04.2014 |
Apakah maksud "mitigasi"? Saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata mitigasi bermaksud: mitigasi ميتيڬاسي kata nama 1. tindakan mengurangkan kesan bencana, masalah dan sebagainya: Contoh penggunaan: a. Kerja-kerja mitigasi untuk kestabilan struktur di atas Bukit Relau dijangka siap pada bulan Jun ini. b. Kegagalan mitigasi banjir di kawasan itu menjadi punca tanah runtuh. 2. usaha untuk mengurangkan atau meringankan hukuman: Contoh penggunaan: Perkhidmatan mitigasi bermaksud seseorang peguam mengemukakan sebarang rayuan untuk anak guam yang diwakilinya. | Makna | 15.12.2024 |