Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg berasal dr Benggala, India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Benggali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud peristiwa bahasa? adakah contoh yang saya berikan di bawah betul ayat - adik makan roti benggali bawah rumah (intonasi mengubah semantik ayat) maksud 1 Adik makan roti, benggali bawah rumah maksud 2 Adik makan roti benggali bawah rumah

Peristiwa bahasa merujuk kepada sesuatu kejadian yang berkaitan dengan perkembangan bahasa.

Contoh ayat tersebut betul tetapi perlu ada kata sendi di untuk melengkapkan kedua-dua makna ayat tersebut. 1. Adik makan roti, benggali di bawah rumah maksud 2. Adik makan roti benggali di bawah rumah.

Tatabahasa05.11.2010
Siapa saya dalam buku SalinaPertanyaan saudara tidak jelas. Adakah saudara bermaksud ganti nama saya itu adalah merujuk saudara sebagai pembaca teks novel Salina atau sebagai ganti nama saya yang merujuk pada watak-watak tertentu dalam novel Salina. Jika soalan saudara itu merujuk diri saudara sebagai pembaca teks, maka saudara sendirilah yang menentukannya mengikut perspektif saudara hasil daripada dapatan bacaan saudara. Jika saudara bermaksud untuk merujuk ganti nama saya itu sebagai merujuk pada watak tertentu dalam novel Salina maka saudara akan menemui puluhan ganti nama saya digunakan secara meluas untuk merujuk ganti nama bagi watak-watak seperti Zarina, Siti Salina, Benggali dan sebagainya. Sila pastikan maksud/tujuan sebenar soalan yang saudara kemukakan. salam takzimLain-lain11.11.2010

Kembali ke atas