Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ada tingkatnya, mempunyai tingkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ada tingkatnya; mempunyai tingkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bertingkat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ketika ini kata "elevated" untuk istilah seperti "elevated highway" dan "elevated rail" diterjemahkan dengan berbagai terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "lebuhraya bertingkat" dan rel ternaik. Jadi soalan saya, yang mana satu betul untuk terjemahan kata elevated, apakah 'bertingkat' atau 'ternaik'? Untuk rujukan, Indonesia menerjemahkan kata elevated ke dalam bahasa Melayu di sana sebagai 'layang'Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk elevated highway dan elevated rail. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah lebuh raya bertingkat dan rel bertingkat.Istilah16.10.2012
adakah wujud frasa penambahbaikan bertingkat? adakah lebih tepat jika menggunakan penambahbaikan berterusan? tqIstilah penambahbaikan bertingkat tidak ada dalam pangkalan data DBP. Penambahbaikan berterusan lebih sesuai digunakan.Istilah09.02.2011
DEFINASI PENCEGAHAN JENAYAH DAN DEFINASI PERUMAHAN BERTINGKATPerbuatan jenayah bermaksud hal yang berkaitan dengan perbuatan menegah daripada berlakunya jenayah, manakala perumahan bertingkat dalam konteks umum merujuk kepada tingkat-tingkat yang terdapat dalam projek perumahan yang dibangunkan. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk kepada pihak perbandaran jika hal ini berkaitan dengan sesuatu projek khusus yang dibangunkan oleh pihak tertentu. Makna26.10.2010
Kami ingin mengemukakan permohonan nama bangunan (pembangunan bertingkat) dan cadangan nama bangunan tersebut adalah "Residensi Convena"? Bolehkah kami tahu adakah ianya dibenarkan? Terima kasih.Untuk makluman perkataan convena tidak mempunyai maksud dalam bahasa Melayu, oleh itu perkataan tersebut tidak boleh digunakan.

Permohonan pengesahan bahasa untuk nama bangunan boleh dibuat melalui laman web dbpsahbahasa.my.
Lain-lain10.06.2020
Salam sejahtera, tuan. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang. Ali terpikat oleh keindahan di Pulau Redang. 2. Banglo yang bertingkat dua itu tersergam indah di atas bukit. 3. Bunga telur ini bukan ditempah daripada Puan Zain tetapi Puan Salimah. 4. Dengan adanya Rakan Cop, masalah jenayah di kawasan ini dapat diatasi. 5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin yang memandu keretanya dengan laju. Terima kasih.

1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang.

2. Banglo dua tingkat itu tersergam indah di atas bukit.

3. Ayat nombor 3 betul

4. Ayat nombor 4 betul
5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin kerana memandu kereta dengan laju.

Tatabahasa19.08.2021
Saya ingin bertanya beberapa istilah Indonesia. Saya menerima surat yang datang dari Indonesia, tapi saya kurang faham mengenai maksudnya. Contohnya, Hunian, Rumah Susun, cp.

1. Hunian bermaksud tempat yang dihuni /tempat tinggal/ kediaman

2. Rumah Susun bermaksud rumah atau bangunan bertingkat yang terbahagi kepada beberapa tempat tinggal (masing-masing untuk satu keluarga) / flat

 

Makna28.05.2008
Tuan, saya ingin merujuk tema berikut : menyemarak transformasi, mempersada kegemilangan. adakah laras bahasanya betul?Jika tidak boleh tak terangkan dengan lebih terperinci.Ungkapan yang betul ialah menyamarakkan transformasi. Walau bagaimanapun tidak ada contoh mempersadakan atau kata terbitan lain daripada kata persada. Persada bermaksud lantai yang tinggi bertingkat atau bertangga tempat duduk raja. Mana mungkin lantai yang tinggi dijadikan sebagai perbnuatan kerana apitan me-...-kan menunjukkan perbuatan seperti menyemarakkan.Tatabahasa31.05.2012
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. 

Tangga pula bermaksud:
 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagi­an daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) 
Lain-lain14.05.2018
Maaf, saya ingin bertanya tentang ejaan bagi perkataan "bakul sia". Adakah betul ejaan yang diberi? Atau "bakul siya"?Mohon penjelasan. Terima kasih.

Ejaan yang tepat ialah “siya”, tidak perlu pengunaan perkataan “bakul” kerana “siya” ialah bekas yang bertingkat-tingkat tempat menaruh barang-barang makanan (bekalan dan lain-lain), juga dikenali sebagai mangkuk tingkat atau mangkuk tepen. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ejaan30.05.2020
Salam sejahtera, apakah padanan kata yg sesuai bagi kata "balcony"? Adakah "balkoni" atau "beranda"? Mohon jawapannya. Terima kasih.Terdapat perbezaan makna bagi perkataan "balkoni" dan "beranda". Berikut merupakan definisi untuk perkataan-perkataan tersebut:

BALKONIDefinisi : 1. anjung kecil pd tingkat atas rumah bertingkat (sbg tempat berangin); 2. tempat duduk di tingkat atas pd panggung wayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

BERANDA: Definisi : 1. ruang terbuka yg berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah: kerusi dan meja telah teratur di ~ muka utk menerima tetamu; 2. ark sj bilik dlm perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, tuan boleh menggunakan perkataan-perkataan ini mengikut kesesuaian.
Penyemakan dan penterjemahan13.10.2019
12

Kembali ke atas