Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. atau SDN BHD ? | Ketiga-tiga ejaan bagi perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. dan SDN BHD adalah betul, tetapi SDN BHD perlu diletakkan titik seperti SDN. BHD. | Lain-lain | 03.05.2010 |
UNTUK SINGKATAN SENDIRIAN BERHAD IAITU SDN BHD, APAKAH WAJIB UNTUK MELETAKKAN TANDA TITIK DI KEDUA DUA PENGHUJUNG SDN DAN BHD IAITU SEPERTI SDN. BHD. ATAU BOLEH JUGA TANPA TITIK SEPERTI SDN BHD | Ejaan yang betul ialah Sdn. Bhd., mesti ada tanda titik kerana ejaan tersebut ialah singkatan kepada Sendirian Berhad. | Ejaan | 24.05.2012 |
Merujuk kepada No. Pendaftaran 6450/2012. Tajuk Permohonan Kilang Percetakan Dinamik Erajaya Sdn Bhd Co. No. 882076-H dari Syarikat Dinamik Erajaya Sdn Bhd. Bertarikh 10/05/2012 dan status tidak lulus. Boleh bagi tahu dengan lebih jelas bahagian mana yang perlu diperbetulkan. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih. | Kami telah merujuk iklan yang dihantar. Sila tukar perkataan PERCETAKAN kepada PENCETAKAN. | Lain-lain | 10.05.2012 |
Saya ada kemusykilan tentang penggunaan yang betul untuk ruangan tandatangan dalam penyediaan surat-menyurat. Contoh1: (Datuk Mat bin Mohamad) Naib Presiden LMA Sdn Bhd Contoh 2: Datuk Mat bin Mohamad Naib Presiden LMA Sdn Bhd Manakah penggunaan yang tepat. Adakah meletakkan tanda kurungan satu kemestian untuk ruangan tandatangan?? | Nama perlu ditulis dengan huruf besar dalam tanda kurung, seperti contoh yang berikut: (DATUK MAT BIN MOHAMAD) Naib Presiden LMA Sdn. Bhd.
| Lain-lain | 10.12.2012 |
Di pagar masuk ke syarikat saya ada diletakkan kenyataan sebegini "Spansion (Kuala Lumpur) Sdn Bhd, Mengilang Litar Bersepadu". Soalan saya adalah, adakah betul penggunaan ayat Mengilang Litar Bersepadu itu? | Kenyataan tersebut sepatutnya ditulis begini: Kilang Litar Bersepadu Spansion (Kuala Lumpur) Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
Mesyuarat mengambil ingatan bahawa pihak Jabatan bercadang untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhad. atau Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd Yang mana satu betul ayat tersebut. | Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
PERMOHONAN PAPAN TANDA. BOLEHKAH SUKU KATA & AYAT DIBAWAH BOLEH DIBUNAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI JARUM BERLIAN SDN.BHD LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN | Untuk penamaan tempat, keterangan aktiviti di bahagian atas dan saiznya paling besar (PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN), nama di bahagian tengah (AKADEMI JARUM BERLIAN SDN. BHD.) dan alamat di bahagian bawah sekali dan saiznya paling kecil (LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN). | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Bagi sesetengah syarikta menjual kereta terpakai hanya menggunakan ayat seperti.."Perniagaan kereta Bunga raya Motor Sdn Bhd"..adakah ia bersesuaian? Pohon bantuan tuan jika ada cadangan lain yang lebih baik. TK | Keterangan aktiviti mesti ada dalam setiap iklan. Merujuk contoh yang saudara berikan, keterangan aktiviti yang betul ialah "Perniagaan Kereta Terpakai" dan di baris bawahnya ditulis nama syarikat - Bunga Raya Motor Sdn. Bhd.. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Salam Sejahtera DBP, Saya, bagi pihak Tesco Malaysia ingin mendapatkan pengesahan Bahasa yang akan kami gunakan dalam borang-borang tertentu di stor-stor Tesco. Versi Bahasa Inggeris serta istilah-istilah Bahasa Malaysia dilampirkan di sini untuk tindakan selanjut pihak DBP. Sekian terima Kasih. Thilaga Nagappan, Pegawai Pematuhan Undang-Undang, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd Malaysia Sdn. Bhd. | Teks bahasa Melayu telah disemak. Sila lihat Lampiran. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Nama Syarikat : Big Five Sdn. Bhd. Jenis Pengesahan : Iklan Tajuk Iklan : Gold Choice Coffee | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 23.09.2013 |