Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Biru 2


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
blue print1)cetakan biru 2)rangka tindakanIstilah04.04.2011
Salam sejahtera. Saya ingin tanya ayat berikut gramatis atau tidak: 1) Ibu pakai baju biru. 2) Ayah beli baju biru. Oleh sebab ayat-ayat di atas adalah untuk buku murid tahun 1, jadi kami tidak menggunakan imbuhan untuk kedua-dua kata kerja. Tetapi adakah ayat-ayat seperti ini gramatis? Terima kasih. Mei LingAyat tersebut boleh digunakan bagi murid tahun 1.Tatabahasa25.01.2017
1)Kata ganda separa bagi perkataan biru 2) kata ganda separa berimbuhan1. Tiada kata ganda separa tunggal bagi perkataan biru
2. Kebiru-biruan
Lain-lain22.06.2021
Salam sejahtera. Ayat yang mana satu betul? 1. Warna baju kurung pilihan emak adalah biru. 2. Warna pilihan baju kurung emak adalah biru.Ayat yang lebih gramatis ialah Warna baju kurung pilihan emak ialah biru.Tatabahasa17.06.2016
Salam Kemerdekaan. 1) Adakah perkataan ditransformasikan boleh diguna pakai? 2) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai diguna pakai dalam mengantikan perkataan "Blue Print" Terima kasih.1. Perkataan "ditransformasikan" adalah betul dan boleh digunakan.
2. Istilah bahasa Melayu untuk blue print ialah 1. cetak biru 2. rangka tindakan
Istilah11.09.2012
Salam sejahtera. 1) Warna tema yang kami gunakan adalah biru dan hijau 2) Tema warna yang kami gunakan adalah biru dan hijau Ingin bertanya, yang mana satu penggunaan yuang lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Warna tema yang kami gunakan ialah biru dan hijau" Tatabahasa18.05.2023
Ayat mana yang betul? a) Warna kegemaran saya ialah biru. b) Warna kegemaran saya adalah biru. c) Hobi saya ialah bermain badminton. d) Hobi saya adalah bermain badminton. e) Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor. f) Cita-cita saya adalah menjadi seorang doktor. Terima Kasih.1. Warna kegemaran saya ialah biru
2. Hobi saya bermain badminton. 
3. Cita-cita saya menjadi seorang doktor.
Tatabahasa06.09.2016
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih.Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru;

Mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikir­annya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya;
 
keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang ber­laku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.

Huru-hara ialah  dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;
Tatabahasa08.07.2013
salam sejahtera Tuan, Pihak Panitia BM sekolah saya ingin bertanya beberapa soalan seperti di bawah: YANG MANA BETUL? 1. pergi ke dewan ATAU pergi dewan ATAU ke dewan 2. pergi ke dalam (betul atau salah?) 3. masuk ke dalam hutan ATAU masuk hutan 4. Jangan buang sampah di lantai. ATAU Jangan buang sampah ke lantai. 5. Baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru? ATAU Baju yang berwarna merah atau biru? ATAU Baju merah atau baju biru? ATAU Baju merah atau biru? Berharap tuan dapat membantu kami. Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Bagi frasa Jangan buang sampai di lantai atau ke lantai, kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan. Pengulangan kata baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru dianggap pembaziran perkataan, dan memadai dengan baju yang berwarna merah atau biru, atau baju merah atau biru.Tatabahasa17.06.2012
1)Ayah memakai baju biru ke pejabat. 2)Ibu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Ayat mana ayat majmuk? bagaimana hendak ceraikan ayat itu menjadi dua ayat tunggal?Kedua-dua contoh ayat yang diberikan ialah ayat tunggal.Tatabahasa31.08.2015
123

Kembali ke atas