Apakah penterjemahan "bluetooth" dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia? | Istilah sasar bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "Bluetooth" ialah Bluetooth. | Istilah | 19.07.2018 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut dari bidang perhotelan" 1. drain sheet 2. duvet with cover 3. upscale 4. bluetooth-enabled Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. drain sheet - alas salir 2. duvet with cover - duvet dengan penutup 3. upscale - kelas tinggi 4. bluetooth-enabled - boleh guna Bluetooth
| Istilah | 17.06.2016 |
Assalamualaikum. Saya sedang menterjemah tajuk yang membincangkan Kuasa Bluetooth. Saya mempunyai masalah menterjemahkan istilah 'piconet': Piconet' - a network that can connect up to eight active devices. Adakah istilah Bahasa Melayu bagi 'Piconet'? | Untuk makluman, istilah "piconet' tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah rangkaian kawasan peribadi atau pikonet. | Istilah | 17.03.2013 |