Salam. Pan Borneo Sabah. Sebutan pan tu pan ka atau pen? Terima kasih. | Sebutan pan (misalnya dalam Pan Borneo Sabah) dalam bahasa Melayu ialah [pan].

. | Lain-lain | 20.09.2023 |
Saya mahu khidmat nasihat tentang translation yang saya lakukan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. | Semakan lampiran yang disertakan merupakan semakan dokumen. Sekiranya puan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen puan kepada Puan Fadhilah binti Ab. Bahar melalui e-mel fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga.
br>
br>
br>
br>Sila pastikan dokumen puan mengikut format berikut:
br>
br>
br>
br>Jenis huruf: Arial/Times New Roman
br>
br>Saiz huruf: 12
br>
br>Langkau: 2 baris
| Lain-lain | 29.11.2022 |
Salam Sejahtera, Saya ingin menyemak istilah daripada bidang reka bentuk grafik khususnya dalam penggunaan logo. Apakah terjemahan ke Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah berikut? 1) Inverted logo 2) Knockout logo 3) Outlined logo 4) Reverse logo Saya sering nampak perkataan-perkataan ini dalam manual identiti korporat, yang mana mereka selalunya menggunakan peminjaman/dwibahasa. Jadi saya ingin tahu jika ada terjemahan sepenuhnya bagi istilah di atas. Terima kasih | Berikut merupakan cadangan padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:
br>
br>1. inverted logo: logo songsang
br>
br>2. knockout logo: logo pemisah
br>
br>3. outlined logo: logo kerangka
br>
br>4. reversed logo: logo terbalik
br>
br>
br>
br>Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. Untuk mendapatkan padanan perkataan, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. | Istilah | 22.09.2022 |
apa beza berutus dan mengutus? | Assalamualaikum,

Perkataan berutus bermaksud berkirim surat, berita, e-mel dan sebagainya (kelas kata: kata kerja tak transitif)

Contoh ayat - Kami masih berutus e-mel walaupun jarang-jarang bertemu.

Manakala perkataan mengutus mempunyai dua maksud:

1. mengirim atau menghantar (surat, berita, e-mel dan sebagainya) (kelas kata: kata kerja transitif)

Contoh ayat - Dia mengutus surat kepada gadis idamannya kerana dia malu hendak bertemu muka.

2. menyuruh (seseorang) pergi sebagai wakil diri (kelas kata: kata kerja transitif)

Contoh ayat - Akhirnya dia pun mengutus seseorang untuk meminang gadis pujaannya itu.

(Rujukan Kamus Dewan Perdana, 2020:hlm. 2492)

Terima kasih. | Makna | 22.05.2025 |
Saya mengambil dan menghantar murid-murid ke dan dari sekolah dengan van saya. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah:

1. Saya mengambil murid-murid dari sekolah dengan van saya.

2. Saya menghantar murid-murid ke sekolah dengan van saya.

Apabila digabungkan:

3. Saya mengambil dan menghantar murid-murid dari dan ke sekolah dengan van saya. | Lain-lain | 05.12.2022 |
Ini buku siapa punya? Atau Ini buku siapa? Yang mana betul? | Ayat yang betul ialah "Ini buku siapa?".

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 255 dan 256.

| Tatabahasa | 26.09.2023 |
Saya keliru dengan gelaran Ts. Bagaimana sapaan Ts. dalam surat adakah boleh menggunakan YBrs. Ts. contoh: YBrs. Ts. Ali bin Abu. atau pun Encik Ts. Ali bin Abu. Mohon pencerahan tuan. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut:

Ts. Encik Ali bin Abu,
Jawatan,
Alamat.

Tuan,

PERKARA

Isi.

manakala, bagi jawatan Ketua Jabatan Persekutuan/Penyandang Jusa C dan ke atas (Mejar Jeneral/Timb. Komisioner Polis dan setaraf ke atas) kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut:

YBrs. Ts. Encik Ali bin Abu,
Jawatan,
Alamat.

YBrs. Ts.,

PERKARA

Isi. | Lain-lain | 31.01.2024 |
Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah".

2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:

i. Kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

ii. Kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

iii. Kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

iv. Kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

v. Kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

vi. Kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat

vii. Kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. Kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

ix. Kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 225.

| Tatabahasa | 19.03.2024 |
Bilakah kita perlu menggunakan imbuhan akhiran -an dan -kan? | Akhiran -an boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Terdapat 9 makna yang didukung oleh akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar tertentu. Akhiran -an juga boleh menerima imbuhan peN..an, pe..an, peR..an dan ke..an.

Contoh:
1. Kata nama dan kata kerja: menunjukkan keputusan/hasil tindakan.
Contoh: tulisan, kritikan

2. Kata nama, kata adjektif dan kata tugas (kawasan/bidang yangg luas).
Contoh: lautan, lapangan, tepian

3. Kata kerja yang membawa maksud alat: Contoh: acuan

4. Kata nama yang membawa maksud banyak: Contoh: parutan

5. Kata kerja yang membawa maksud orang/haiwan yang menjadi penderita kerja. Contoh: tawanan

6. Kata kerja yang membawa maksud perkara/benda yang menjadi penderita kerja. Contoh: hamparan

7. Kata adjektif yang membawa maksud sifat. Contoh: manisan

8. Kata kerja yang membawa maksud tempat melakukan sesuatu. Contoh: kurungan

9. Kata nama dan kata tugas (kata bilangan). Contoh: harian, ribuan

10. Contoh akhiran -an yang menerima imbuhan: pemandian,pembacaan, persatuan, kemasukan.

Manakala akhiran - kan pula, iaitu semua golongan kata boleh bgabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja,iaitu:
1. Kata nama: Contoh: bukukan, dirikan
2. Kata kerja transitif: Contoh: bacakan, masakkan
3. Kata kerja tak transitif: Contoh: lahirkan, tidurkan
4. Kata adjektif: Contoh: tidurkan, besarkan
5. Kata tugas: Contoh: sertakan

Akhiran -kan juga boleh hadir dalam imbuhan lain seperti meN...kan, beR...kan , mempeR...kan, di...kan, dipeR...kan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 14.11.2023 |
Adakah cara menulis (hashtag) di bawah ini betul. A.#khidmatmasyarakatuntuksemua#bahasajiwabangsa#biasakanyangbetul,betulkanyangsalah | Contoh penggunaan tanda pagar yang betul ialah:

#khidmatmasyarakatuntuksemua
#bahasajiwabangsa
#biasakanyangbetulbetulkanyangsalah

| Lain-lain | 28.05.2023 |