Bagaimanakah bentuk ejaan perkataan berikut apabila menerima imbuhan di-...-kan atau meN-...-kan? 1. Rusia 2. Amerika 3. Melayu 4. Cina 5. Islam 6. Buddha Perkataan di atas melibatkan terjemahan yang tidak menerima huraian sebagai padanan (contoh huraian: dijadikan bersifat Rusia, dianutkan dengan agama Buddha dsb). Sekian, terima kasih. Qiu Syah | Apabila nama bangsa,suku bangsa dan bahasa daripada kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, kemalaysiaan, kecina-cinaan, keinggeris-inggerisan, penjawaan, pemelayuan dan memelayukan. | Tatabahasa | 14.06.2013 |
Saya ingin memastikan perbezaan penggunaan perkataan Cina dengan China. Contoh : Tian merupakan sumber kuasa penentu nasib sesebuah dinasti dalam pandangan semesta Tamadun Cina Agama Buddha diasaskan oleh Putera Raja Suddhodana Gautama daripada suku bangsa Shaknya di negara China | Slmt ptg. 1. Penggunaan perkataan Cina merujuk kepada masyarakat atau orang Cina. 2. Penggunaan perkataan China merujuk kepada negara China. Sekian, terima kasih
| Lain-lain | 07.03.2016 |
APAKAH PERBEZAAN NIRVANA DAN NIRWANA | Nirvana ialah kata Inggeris dan terjemahannya ke dalam bahasa Melayu ialah nirwana bermaksud dlm keadaan yg lenyap langsung dan aman sesudah mati (dlm agama Buddha). | Makna | 06.08.2008 |
Salam sejahtera, Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang tiga soalan di bawah: 1. Tajuk buku "The complete book of Li Gu" ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai "Buku Lengkap tentang Li Gu"? 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai Dinasti Pra-Qin dan Dinasti Qin terkemudian? 3. Bolehkah perkataan atau istilah (yang berkaitan dengan keagamaan) seperti "berkhutbah", "fatwa", "pentahbisan", "memakrifatkan", "berdakwah" dan "mazhab" digunakan dalam konteks agama Buddha? Sekian, terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: 1. The Complete Book of Li Gu: Buku Lengkap tentang Li Gu 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty: Pradinasti Qin dan Seterusnya Istilah seperti berkhutbah, fatwa, mazhab hanya digunakan dalam konteks agama Islam. Tuan perlu mencari perkataan bahasa Melayu yang semakna dan bersesuaian mengikut konteks penggunaan ayat. | Makna | 17.09.2020 |