Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Building


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana untuk saya menterjemahkan istilah ini: "sick building syndrome" (SBS) dan "building related illness" (BRI) Adakah betul dengan menyatakan sebagai: Sindrom bangunan sakit dan penyakit berkaitan bangunanUntuk makluman, istilah 'sick building syndrome' atau 'building related illness' tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan  bahasa Melayu yang dicadangkan untuk kedua-dua istilah tersebut ialah penyakit berkait bangunan.Istilah06.04.2011
building tomorrow's leader's todaycadangan membina asa depan pemimpin hari ini, "pemimpin hari ini, membina hari esok"Lain-lain06.04.2007
Salam. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi istilah flat-packed building. Terima kasih.Untuk makluman tuan, istilah "flat-packed building" tiada dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun,  padanan yang paling hampir dan sesuai dengan konsep   istilah "flat-packed building" ialah binaan pasang siap.Istilah04.11.2013
Saya ingin bertanya mengenai istilah 'heritage building intervention'. Dari segi maksud, 'heritage building intervention involved physical action to preserve the fabric and material of the heritage buildings. It is a process to prevent decay and the action is aiming to prolong the life of the buildings'. Contoh ayat 'This paper offers all the interventions for architectural heritage and a model to find the minimum intervention for a project'. Maksud dalam kamus, 'intervention' adalah 'gangguan atau campur tangan'. Bolehkah saya gunakan istilah 'intervensi' untuk 'intervention' dalam Bahasa Melayu?Terima kasih DBPBerdasarkan semakan data kami, istilah 'intervensi' boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi istilah 'intervention'.Lain-lain14.01.2022
Apa istilah saham "book building" dalam bahasa Melayu?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "book building". Harap dapat berikan konsep atau makna istilah tersebut untuk membantu kami memberikan cadangan istilah bahasa Melayu yang sesuai.Istilah11.06.2012
Terjemahan: 1. Nation building 2. Nation stateUntuk makluman, terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk "nation building", iaitu pembangunan negara (bidang Ekonomi), pembangunan bangsa (bidang Antropologi) dan pembinaan bangsa (bidang Sosiologi). Istilah bahasa Melayu untuk "nation state" ialah negara bangsa.Istilah14.05.2013
Saya mencari istilah dalam Bahasa Melayu untuk perkataan BUILDING ENCLOSURE (bidang seni bina). Terima kasih DBPPerkataan BUILDING ENCLOSURE dicadangkan dalam bahasa Melayu sebagai KEMASAN BANGUNAN. Makna10.01.2022
Apakah istilah yang sesuai bagi digital pembinaan iaitu Building Information Modelling (BIM)?Padanan bagi istilah building information modelling (BIM) dalam bahasa Melayu ialah pemodelan maklumat bangunan (BIM). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah12.12.2024
terjemahan mana yang betul bagi "minor building works" kerja bangunan kecil atau kerja kecil bangunanUntuk makluman, istilah "minor building works" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kerja kecil bangunan.Istilah05.08.2013
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah berikut: >> book building - proses menentukan harga bagi sesuatu terbitan instrumen pelaburan berdasarkan minat dan permintaan pelabur (harga yang sanggup dibayar untuk sejumlah syer)Cadangan yang dapat diberikan bagi terjemahan "book building" ialah runding niaga.Penyemakan dan penterjemahan15.09.2015
123

Kembali ke atas