Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasihEjaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang.

perepat1

ڤرڤت n pedada (tumbuhan);
perepat laut pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan;
perepat merah perepat laut.


perepatڤرڤت Palembang ark n kawan.


pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat.

Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya.
Lain-lain12.03.2022
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM.

Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah:

 

  1. (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)
  2. /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur. 
  3. (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
  4. (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.

 

Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring.  

Ejaan16.06.2019

Kembali ke atas