Mohon bimbingan pihak tuan mengenai ayat berikut beserta penjelasannya. 1. Dinding dewan itu kami (hiasi,hiaskan) dengan poster -poster bertemakan kemasyarakatan. 2. Mural bunga raya itu kami (warnakan,warnai) dengan cat merah dan hijau. Terima kasih. | 1. Dinding dewan itu telah kami hias dengan poster-poster bertemakan kemasyarakatan. 2. Mural bunga raya itu akan kami lukis dengan cat merah dan hijau. Ayat pasif kata ganti diri pertama diikuti dengan kata kerja dasar, "kami hias" dan "kami lukis". | Tatabahasa | 09.11.2020 |
Salam sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, kami merupakan Pengurus Perunding Projek, Hartanah dan Pemajuan. Kami telah diminta oleh pihak Berkuasa Tempatan MBSA untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan terlebih dahulu berhubung permohonan Nama Taman & Jalan sebelum dikemukakan untuk kelulusan. Terdapat tiga cadangan nama taman bagi satu projek perumahan di Seksyen 8, Shah Alam, iaitu: 1. Taman Tasik Semanggi 2. Taman Tasik Hijau 3. Taman Kehijauan Semanggi Pemilihan nama cadangan ini adalah berdasarkan kepada sejenis bunga (Semanggi) yang merupakan konsep atau lambang bagi sebuah syarikat pemaju. Tapak cadangan ini juga terletak dihadapan sebuah tasik buatan (Kecil). Kami memohon untuk mendapatkan pandangan daripada pihak tuan berhubung cadangan di atas. Pandangan dan bantuan daripada pihak tuan amatlah saya hargai bagi melancarkan proses pemajuan cadangan pembangunan tersebut. Terima kasih. | Tuan, daripada segi bahasa penggunaan nama "Taman Tasik Semanggi" dan "Taman Tasik Hijau" betul. Terpulang kepada pihak tuan untuk meilih nama yang lebih sesuai mengikut konteks dan lokasi taman tersebut. Penggunaan "Taman Tasik Hijau" sesuai jika lokasi tama tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok yang menampakkan kehijauan taman tersebut. | Lain-lain | 12.12.2014 |