Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk unit sukatan berikut, "cu in" dan "cc", contohnya 900 cc/60 cu in. Adakah terjemahan sebagai kubik inci betul? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "cubic inch" (cu in) ialah inci padu dan "cubic centimetre" (cc) ialah sentimeter padu. | Istilah | 25.09.2012 |
Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan. Mengenai istilah "supercar" dan "superbike", apa yang saya ketahui mengenai "superbike" ialah motosikal sport yang pantas dengan saiz enjin antara 800 cc hingga 1100 cc manakala "supercar" pula ialah kereta sport dengan saiz enjin yang sangat besar serta sangat mahal kerana dibuat dengan tangan serta dikeluarkan dengan jumlah yang sangat terhad. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mencari istilah Bahasa Melayu yang paling tepat bagi kedua-duanya. Terima kasih. | Sdr. Mohd Hezeri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya bersetuju dengan pandangan sdr. Pada kebiasaannya kita hanya menggunakan motosikal berkuasa besar. Kereta juga boleh digunakan sebagai kereta berkuasa tinggi atau besar. Terima kasih | Ejaan | 30.06.2009 |
Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasih | Dalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan. Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain. | Lain-lain | 06.12.2013 |
soalan saya sebelum ini dan jawapan yg diterima : Soalan : Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasih Jawapan : Dalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan. Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain. Soalan baru : Saya ingin mengetahui susunan nama orang yang mendapat salinan kepada itu dari sudut protokol - adakah dari CEO, ED, Manager atau bermula dari manager, ED dan CEO terima kasih | Dalam protokol, lazimnya pegawai atasan sesebuah organisasi atau dalam sesebuah jawatankuasa akan diletakkan pada permulaan dan diikuti staf/ ahli jawatankuasa bawahan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP. | Tatabahasa | 09.12.2013 |
نوريمه طالب Mar 27th, 7:42pm Assalamualaikum. Apakah syarat² untuk mendapatkan kunjungan dbp? | Tiada syarat. Sila hantar surat rasmi atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada lindasafa@dbp.gov.my dan mohd_rusdi@dbp.gov.my untuk buat janji temu dan lawatan ke DBP. Moga ia membantu. Terima kasih. | Lain-lain | 27.03.2015 |
Saya berminat untuk membuat mengiklankan kolej kami di dalam dewan siswa untuk tujuan promosi pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej kami. Boleh kah pihak tuan menghantar makluman atau nama pegawai untuk saya hubungi, terima kasih. -anis- | Puan boleh menghubungi editor Dewan Siswa, haziah@dbp.gov.my dan hantar salinan e-mel (cc) kepada zubaidi@dbp.gov.my atau fauzilah@dbp.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tentang periklanan di majalah DBP. | Lain-lain | 12.12.2012 |
Shafiq Baseri Sep 7th, 11:36am Assalamualaikum..sy nk bertanya..boleh tak kalau sekolah mengadakan lwtn ke DBP? sekolah rendah | Sila buat permohonan dengan memberi surat rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila hubungi pegawai kami, Cik Nur Liayana Aqilah Zulkefli no. tel. 03-2147 9486 atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada aqilah@dbp.gov.my Moga ia membantu. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 07.09.2015 |
Nor Hidayah Sulaiman Sep 6th, 10:09pm Salam..sy seorang guru di sebuah sekolah agama..sy nk tanya...blh ke DBP membuat sumbangan buku2 dan bahan2 bacaan berbentuk ilmiah utk pusat sumber sek sy?utk pengetahuan,sek sy baru berpindah bangunan baru..seblum ni kami berkongsi bangunan dgn sekolah menengah n xde kemudahan pusat sumber... | Terima kasih cikgu. Sila buat permohonan dengan memberi surat rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila hubungi pegawai kami, Cik Nur Liayana Aqilah Zulkefli no. tel. 03-2147 9486 atau e-mel kepada razali3@dbp.gov.my dan cc kepada aqilah@dbp.gov.my Moga ia membantu cikgu. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 06.09.2015 |