| Saya difahamkan bahawa perkataan 'untuk' dan 'demi' digunakan di hadapan kata nama/frasa nama. Namun dalam banyak situasi, perkataan 'untuk/demi' juga diletakkan di hadapan kata kerja. Contoh: (1) Saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. (2) Kita perlu mengikis segala perasaan iri hati dan cemburu demi memperkukuh parti. Adakah penggunaan 'untuk' dan 'demi' dalam kedua-dua ayat di atas dibenarkan? Penggunaan sedemikian tidak terdapat dalam Dewan Tatabahasa. | Perkataan untuk/demi berfungsi sebagai kata sendi nama dan hadir sebelum kata nama dan juga berfungsi sebagai kata hubung keterangan dan hadir sebelum kata kerja. | Tatabahasa | 25.07.2018 |
| Salam, kenapakah kamus ada istilah "hasad dengki" padahal kedua-dua kata itu menyampaikan maksud yang sama? Apakah ada perbezaan makna antara hasad dan dengki? Harap jangan "copy-paste" definisi kamus dalam jawapan. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “hasad” bermaksud niat dan keinginan untuk melakukan atau memperoleh sesuatu atau hasrat dan “dengki” bermaksud tidak suka pada seseorang kerana cemburu akan kelebihan yang dimiliki. Manakala “hasad dengki” pula bermaksud sangat iri hati terhadap kelebihan dan kejayaan seseorang, biasanya disertai dengan niat jahat. | Makna | 11.10.2022 |
| Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Saya ada satu pertanyaan dengan perkataan SENTAP dan JEALOUS. Adakah persamaan ke tidak dari 2 perkataan ini. Minta makluman segera dari pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih | Sentap bermaksud menyentap menarik kuat-kuat dengan tiba-tiba. Adapun perkataan sentap yang digunakan dalam bahasa percakapan yang dikaitkan dengan emosi atau cara seseorang respons terhadap sesuatu isu tidak digunakan dalam konteks rasmi. Terjemahan jealous ialah cemburu. | Istilah | 15.09.2015 |