tuan, menurut Hikayat seri kelantan (...Tuk Ca itu apa maksud ia mari serta langgar negeri kita ini kerana ia orang kebenaran, tentulah ia beroyat dengan betul) tuan, saya tak dapat cari maksud beroyat, apakah maksud ini? TQ | Royat ialah dialek Kelantan, Terengganu dan Pahang yang bermaksud menceritakan atau memberitahukan. Lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=royat untuk maklumat lanjut. | Makna | 18.01.2012 |
SAYA KELIRU DENGAN SEBUTAN UNTUK PERKATAAN PASCA..ADAKAH BUNYI 'C' AYAU 'K'?? TERIMA KASIH | Sebutan berdasarkan fonem /c/ dan bunyi fonetiknya ialah [pas.ca] dan bukan fonem /k/ dan bunyi fonetiknya [pas.ka]. | Lain-lain | 16.04.2008 |
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan? | Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut: (rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar. | Tatabahasa | 19.04.2013 |