Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi serium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ce


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terdapat istilah dalam Bahasa Melayu untuk melambangkan penggunaan tahun BCE (Before Common Era) dan CE (Common Era)? Atau penutur boleh serap secara terus penggunaan BCE dan CE dalam penulisan Bahasa Melayu?Cadangan padanan bagi istilah Before Common Era (B.C.E.) dalam bahasa Melayu ialah Sebelum Masihi (S.M.) dan Common Era (C.E.) ialah Masihi (M.). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah04.07.2024
Apakah pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam"? Adakah (ceong-sam) atau (ce-ong-sam)? Terima kasih.Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua  pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam"  ialah [Céong.sam]  iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. é bermaksud membunyikan e secara e taling. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (ce.ong.sam).Ejaan21.02.2018
Salam. Apakah sebutan dan ejaan Jawi bagi istilah "avalanche" di dalam bahasa Melayu? Adakah "a.va.lan.ce"/"اۏالنچى" betul? Terima kasih.Ejaan Jawi perkataan avalanche ialah اۏلنچ.Ejaan03.04.2022
Antara kata nama atau adjektif yang merujuk hari relatif, seperti esok, lusa, tulat, dan tubin, saya menemui entri cekelong (cĕ·kĕ·long) dalam kamus KBBI yang bermaksud "hari kelima setelah hari ini". Entri tersebut juga dilabel MBl yang bermaksud "dialek Melayu Belitung" dalam laman sesawang tersebut. Boleh lihat URL → https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/cekelong ● Carian saya di PRPM tidak menemukan cekelong. ● Adakah wujud padanan seerti untuk "hari kelima setelah hari ini"?​ Ataupun bolehkah cekelong dicadangkan supaya dimasukkan ke dalam entri PRPM?1. Tiada kata "cekelong" dalam Pangkalan Data DBP, khususnya dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Oleh sebab kata ini kata dialek dan penggunaannya dalam penulisan umum di Malaysia juga tidak diperoleh, maka perakaman kata ini dicadangkan disenaraikan dalam calon kata baharu untuk glosari/kamus dialek.
2. Tiada padanan bagi maksud tersebut.
3. Kata ini boleh dicadangkan dalam Saran Kata di Gerbang Kata, PRPM.
Lain-lain16.04.2023
Selamat petang, bolehkah tuan tolong semakkan suku kata yang berikut adakah betul? Dan mana boleh rujuk suku kata ?Suku kata yang betul ialah 
KV+VKK+KVK = Ceongsam
KVK+KVKV = Corrine
Tuan juga boleh rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Lain-lain25.05.2021
minta tanya suku kata yang betul untuk perkataan di bawah. 1. main 2. perempuan 3. keluarga 4. ceria 5. kuih Sebelum saya pernah minta tanya, dimanakah saya dapat buku rujukan suku kata. Saya diberitahu dewan tatabahasa edisi ketiga. Boleh pihak tuan beritahu di manakah saya dapat beli atau emel muka depan supaya saya dapat cari di kedai buku. Terima kasih.

Pemenggalan suka kata bagi perkataan tersebut:

Main – ma.in
Perempuan – pe.rem.pu.an
Keluarga – ke.lu.ar.ga
Ceria – ce.ri.a
Kuih -  ku.ih

Selain daripada buku Tatabahasa Dewan, tuan juga boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Ketiga-tiga buku tersebut merupakan terbitan DBP. Untuk melihat kulit buku, tuan boleh membuat carian melalui Internet. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pembelian buku, tuan boleh menghubungi talian berikut:

Anjung DBP: 03-2147 9597/03-2147 9598
Kompleks DBP Hulu Kelang: 03-41010028/019-2141956 (WhatsApp)
Layari laman web ini https://dbpniaga.my

Tatabahasa17.06.2021

Kembali ke atas