Bolehkah DBP menukar "Tahun Baru Cina" kepada "Tahun Baharu Cina" yang wajib digunakan semasa perayaan Tahun Baharu Cina? Maksud saya menggalakkan rakyat menggunakan perkataan "baharu" dalam "Tahun Baharu Cina" kerana "baharu" barulah bermaksud benda yang tidak pernah dijumpai. "Tahun Baharu Cina" di sini bermaksud tahun yang belum dilalui dan akan dilalui oleh kaum Cina. Oleh itu kaum Cina meraikan perayaan Tahun Baharu Cina ini. Tolong titikberatkan isu ini. Terima kasih. | Kami menerima kedua-dua frasa tersebut kerana dalam konteks umum baru sama maksudnya dengan baharu. Hal ini berbeza dengan wacana bahasa, iaitu konteks khusus dalam bidang bahasa yang terikat dengan rumus tatabahasa. | Tatabahasa | 25.05.2014 |
perayaan Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina? | Kedua-dua ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" adalah betul.
| Ejaan | 08.05.2014 |
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama? | Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. | Makna | 21.06.2010 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada penceritaan sejarah TAMADUN CINA atau TAMADUN CHINA? dan PERADABAN CHINA atau PERADABAN CINA? | Kesesuaian perkataan China atau Cina bergantung pada konteks/bahan yang dimaksudkan. Perkataan China digunakan dan bermaksud negara China dan perkataan Cina pula bermaksud bangsa Cina. Oleh itu, TAMADUN CINA atau TAMADUN CHINA, PERADABAN CHINA atau PERADABAN CINA kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks yang dimaksudkan. | Ejaan | 19.09.2018 |
Selamat petang, soalan: tahun baru cina atau tahun baharu cina betul? Adakah pengguna baru untuk masa dan baharu untuk barang yang baru dibeli? | Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul. Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
selamat sejahtera. 1. . Sin Ling pandai bermain kecapi cina. perkataan cina, perukah huruf besar? terima kasih tuan | Cina berdasarkan ayat tersebut merujuk kepada bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari negeri China (Tiongkok). Sehubungan dengan itu, perkataan Cina perlu dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 06.11.2018 |
Yang manakah yang betul? kubis cina atau kubis Cina? | kubis Cina | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina? | Salam sejahtera, Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul. Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 07.02.2018 |
Bagaimana dengan "hari Tahun Baru Cina @ Hari Tahun Baru Cina " | Berdasarkan sumber rujukan kami, ejaan yang digunakan ialah hari Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun ungkapan Tahun Baru Cina lebih kerap digunakan dalam kalangan masyarakat. | Ejaan | 24.07.2012 |
Persoalan tentang tanda baca. 1. Murid-murid mempersembahkan (pertunjukan yoyo cina / pertunjukan Yoyo Cina) di atas pentas. | Disebabkan perkataan yoyo cina itu ialah nama khas, maka huruf awal haruslah huruf besar: Murid-murid mempersembahkan pertunujukan Yoyo Cina. | Tatabahasa | 21.09.2014 |