Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi kurium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep sentimeter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum dan Selamat Tengahari, Saya ingin mengajukan satu soalan. Dalam penulisan buku untuk penggunaan simbol ukuran sentimeter yang manakah digunakan ketika ini.samaada sm or cm?ini untuk buku penerbitan dalam bahasa melayu.Bolehkah saya menggunakan cm kerana jika dilihat sekarang ini kebanyakkan buku menggunakan cm berbanding sm.Oleh itu, saya ingin meminta pandangan pihak DBP dalam penggunaan simbol ini. sekian terima kasih. Sekian terima kasih.Dalam bentuk ejaan penuh ialah sentimeter, manakala kependekannya ialah cm.Tatabahasa06.05.2011
Yang mana betul si gadis atau sigadis 2cm atau 2 cm 100M atau 100 M 100M atau 100Masehi semulajadi atau semula jadiEjaan yang betul ialah si gadis, 2 cm, 100 M, dan semula jadi.Ejaan25.02.2015
Bagaimanakah cara penulisan unit. Perlu dijarakkan atau tidak. Contoh: 100cm atau 100 cm Terima kasih.

Cara penulisan unit perlu dijarakkan, iaitu 100 cm.

Lain-lain18.02.2014
nombor dengan simbol perlu ditulis dekat atau jauh? contoh: 500 g atau 500g RM 1 atau RM1 25 cm atau 25cmLazimnya simbol yang terletak di hadapan angka dirapatkan seperti RM1 tetapi jika hadir dibelakang angka maka perlulah dijarakkan 500 g atau 25 cmLain-lain14.11.2006
tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ?1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.Tatabahasa12.11.2015
Saya ingin tahu jarak yang betul antara perkataan dengan perkataan lain (berapa cm?), terutama untuk mengajar murid-murid tahap satu ketika mereka menyalin atau menulis ayat. Terima Kasih.Untuk makluman, pihak kami tidak mempunyai pangkalan data berkenaan hal tersebut.Lain-lain13.10.2015
Assalamualaikum. Saya memerlukan maklumat seperti biodata, nombor yang boleh dihubungi dan foto penulis yang bernama A. Rahman CM atau nama sebenarnya ABDUL RAHMAN b CHE MAT Terima kasihTidak ada maklumat tentang penulis berkenaan dalam pangkalan data kami.Lain-lain26.07.2016
1. Perkataan "wara" ialah kata nama atau kata sifat atau sebagainya? 2. Perkataan Inggeris "translingual" bermaksud diterima oleh kebanyakan bahasa contohnya "cm" . Adakah "translingual" dalam Melayu ialah "rentas bahasa" atau lain?1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wara sama maksud dengan wara-wara, pemberitahuan , pengumuman dan pengisytiharan. Berdasarkan maksud tersebut, war-war merupakan kata nama.

2. Tidak ada maklumat tetang translingual dalam data kami. Melalui carian kami di internet, translingual boleh membawa beberapa maksud antaranya,  wujud dalam pelbagai bahasa atau  mempunyai makna yang sama dalam banyak bahasa.
Tatabahasa09.06.2014
Dear En Sulaiman, Attached here with the visual of bunting design for approval on the message written in the bunting before we send to DBKL for licensing purposed. Thank you CM OngPenggunaan bahasa dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan bukannya KHidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.07.2012
Bagaimana hendak membuat nota kaki?Nota yang dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi KetigaEjaan09.08.2006
12

Kembali ke atas