Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Computing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang sesuai untuk 'Cloud Computing'. Contoh ayat : Cloud computing means using multiple server computers via a digital network, as though they were one computer.Belum ada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah cloud computing. Istilah tersebut boleh digunakan tetapi ditaip dengan cetakan condong/italik.Istilah18.07.2011
Assalmualaikum DBP. Saya hendak memohon bantuan untuk mencari padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "computing the dips" berdasarkan petikan di bawah: In applying the lexicostatistical techniques developed from the basic assumptions, the steps are: collecting of comparable word lists from the relatively stable core vocabulary; determining the probable cognates and; computing the time depth; computing the range of error; and, optionally, computing the dips.

DIP ialah “dual in-line package“ yang bermaksud bungkusan dwibaris (DIP), manakala computing daripada bidang teknologi maklumat ialah pengkomputeran. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi “computing the dips” ialah pengkomputeran bungkusan dwibaris (DIP)

Makna08.06.2021
Dalam Peraturan-Peraturan Timbang & Sukat 1972, terdapat perkataan Inggeris iaitu "Computing Device" diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia sebagai "peranti pengkomputeran" Persoalan:- 1) Adakah terjemahan ini tepat ? 2) Apakah huraian/maksud (definasi) "computing device" ? 3) Adakah maksud/huraian(definasi) Inggeris sama dengan perterjemahkan dalam bahasa malaysia iaitu "peranti pengkomputeran" ? 4) sekiranya berbeza, apakah ciri-ciri perbezaan? 5) sekiranya sama, apakah ciri-ciri persamaan?

Jika melihat pada konteks Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1972, terjemahan yang lebih sesuai ialah alat/peranti/mesin kira, kerana ia melibatkan sukat dan timbang. Bagaimanapun, saudara perlu melihat konteks penggunaannya, sama ada menggunakan sistem komputer atau tidak. Mengikut Daftar Istilah DBP, computing ialah kiraan atau komputeran, manakala device ialah peranti (alat, perkakas, pesawat: lihat Kamus Dewan Edisi 4). Bagi istilah computing, yang ada dalam rujukan kami ialah computing machine - mesin kira, manakala computing element - unsur perkomputeran. Saudara perlu jelas dari segi konteks untuk mengenal pasti penggunaan dan bidangnya.

Penyemakan dan penterjemahan07.01.2008
1. Mobile computing 2. Software 3. Content1. Pengkomputeran mudah alih 2. Perisian 3. KandunganIstilah02.02.2007
Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan konteks IT: 1) Apakah istilah BM yang sesua untuk "solution aggregator" (seperti Microsoft Solution Aggregato)? Patutkah saya guna penggabung penyelesaian, agregator penyelesaian, atau ??? 2) Apakah istilah yang sesuai untuk Edge Computing dan Enterprise Computing? Betulkah kalau saya guna Pengkomputeran Pinggiran dan Pengkomputeran Perusahaan? Adakah istilah yang lebih tepat? 3) Apa pula istilah BM untuk "edge-to-enterprise solution"? Ayat lengkap: We are now better abled to deliver edge-to-enterprise solutions that drive digital transformation across every industry. 4) Dalam contoh ayat BI di atas, adakah betul terjemahan "across every industry" = "di setiap industri"? 5) Betulkah kalau saya terjemahkan "billions of connected things" (dalam konteks Microsoft Internet of Things) sebagai "berbilion benda-benda yang berhubung"? 6) Apakah istilah BM yang sesuai untuk feedback loops, seperti dlm contoh ayat "Microsot IoT systems of intelligence enables these feedback loops". Betulkah kalau saya terjemahkan seperti berikut: "Sistem kepintaran Microsoft IoT membolehkan gelung maklum balas ini terbentuk." 7) Dalam contoh ayat di atas, adakah perkataan gelung atau kitaran lebih sesuai? Terima kasih!1) Untuk  makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk bagi istilah yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:
 
solution aggregator - penggabungan penyelesaian
Edge Computing - pengkomputeran pinggir
Enterprise Computing - pengkomputeran perusahaan.
edge-to-enterprise solution - Penyelesaian Perusahaan Pinggir
across every industry - Melangkaui setiap Industri
billions of connected things - Berbilion benda yang berkait
feedback loops - gelung maklum balas balas atau gelung suap balik

Untuk pertanyaan istilah yang lebih terperinci, tuan/ puan boleh berhubung dengan bahagian Peristilahan.  Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan.  Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800)



Makna23.10.2017
Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk cloud computing?Padanan cloud computing ialah pengkomputeran awan.Istilah08.11.2011
Apakah itu Cloud Computing?Padanan istilah bahasa Melayu untuk cloud computing ialah pengkomputeran awan. Pihak kami tidak mempunyai huraian tentang istilah tersebut.Istilah19.06.2012
Faculty of Applied Sciences and Computing (translation in Malay)Padanan bahasa Melayu untuk "Faculty of Applied Sciences and Computing" ialah Fakulti Sains Gunaan dan Pengkomputeran.Istilah21.05.2013
Salam. Apakah istilah sasar bagi "Cloud Storage" dan "Cloud Computing"?Cadangan perkataan yang sesuai bagi perkataan cloud storage dan cloud computing ialah storan awan dan pengkomputeran awan.Istilah07.10.2020
Salam, Saya ingin mendapatkan penterjehaman yang rasmi mengenai istilah dalam IT iaitu "Cloud Computing" yang telah mula di perluaskan perkhidmatannya.Padanan Clou Computing dalam bahasa Melayu ialah Pengkomputeran Awan.Istilah16.01.2012
12

Kembali ke atas